Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Artikel Terkini di Dialek Mesir

Baca tentang Tips & Panduan, Dialog, Makna Perkataan & Frasa, Tatabahasa, Binaan Ayat, Budaya Mesir dan pelbagai lagi maklumat menarik di sini.

‘Ayeza ke ‘AyezaH?

‘Ayeza ke ‘AyezaH?

Pada kebiasaannya, orang Arab tidak menyebut huruf ta' marbuthah yang berada di akhir perkataan. Contohnya: عايْزَة - Saya mahu (P)نازْلَة - Saya akan turun (P) Walaupun perkataan ini diakhiri huruf ta' akan tetapi dalam sebutan huruf itu seolah-olah tidak ada. Sebutannya seolah-olah hanya akan...

read more
Dua keadaan huruf ش tidak ditambah dalam penafian!

Dua keadaan huruf ش tidak ditambah dalam penafian!

Antara kaedah dalam dialek mesir, sebagai mana diketahui sebelum ini, huruf ش ditambah selepas sesuatu fi'il yang dinafikan. Contoh:أنا مَا اكَلْتِشْSaya tak makan. Tapi ada dua keadaan yang tidak ditambah huruf ش: 1- Selepas frasa sumpah (Arab: القسم). Contoh:والله مَااكَلْتْSumpah, saya tak...

read more
Apakah sebenarnya maksud كَانَ ?

Apakah sebenarnya maksud كَانَ ?

Antara fungsi كَانَ yang utama dalam bahasa Arab (tanpa mengira Fusha atau Dialek) ialah untuk menunjukkan masa lalu. Maksud masa lalu di sini ialah masa sebelum pertuturan diucapkan. Contoh: أَيْنَ أَنْتَ؟Ayat ini bermaksud "di mana kamu" sekarang. Iaitu semasa pertuturan diucapkan dimanakah kamu...

read more
Hafal ayat ini untuk survive di Mesir!

Hafal ayat ini untuk survive di Mesir!

Berikut beberapa ayat yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mengembangkan pengetahuan kita dalam proses pembelajaran bahasa Arab khususnya dialek Mesir: 1- Benda ini nama apa dalam dialek Mesir?الحاجه دي اسمها ايه؟البتاع ده اسمه ايه؟ازي بتقول ده بالمصري؟(sambil memberi isyarat kepada objek...

read more
Beberapa ayat penting ketika menaiki teksi

Beberapa ayat penting ketika menaiki teksi

1. Mahu ke mana pakcik driver?على فين ياسطا؟ / فين ياسطا؟ 2- Kamu tahu jalan tak? Atau mahu saya buka GPS?حَضْرَتَكْ عارف السِكَّهْ وَلَّا عاوز اَشَغَّلَّكْ GPS؟ 3- Meter tak berfungsi ke?هو العَدّادْ بَايِظْ ولا ايه؟ 4- Kamu nak bayar berapa?هَتِدْفَعْ كام؟ 5- Saya dah cakap tadi, bergantung pada...

read more
Pernah dengar perkataan بَقَا?

Pernah dengar perkataan بَقَا?

Apa maksud perkataan بَقَا dalam Dialek Mesir? Bagi yang terbiasa dengan dialek Mesir sama ada belajar di Mesir, kerap mendengar lagu atau menonton filem dalam dialek Mesir pasti pernah mendengar perkataan بقا (baca: baa’aa – huruf qaf disebut dengan hamzah). Tapi apakah maksudnya?Secara umum,...

read more
Khalif Rizal

Khalif Rizal

Pelajar dan Peminat Tegar Dialek Mesir - Penulis di DialekMesir.com

Salam dan selamat Datang ke DialekMesir.com!

Semasa saya mula belajar dialek Mesir, saya amat mengharapkan adanya rujukan dan bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu berdasarkan ayat-ayat yang digunakan secara real dalam kehidupan orang Mesir dan bukan ayat yang direka-reka oleh orang bukan Arab.

Atas dasar ini, saya berusaha sehabis baik untuk memastikan setiap maklumat yang dicatatkan disini ialah autentik dan dibuktikan benar-benar digunakan oleh masyarakat Mesir sendiri.

Supaya saudara dapat membaca catatan-catatan di sini dengan tenang dan boleh terus menggunakannya. Semoga bermanfaat!

 

Tak nak tertinggal bas?🚌🏃‍♂️

Sertai keluarga besar Nota Dialek Mesir di Telegram sekarang supaya tak terlepas apa-apa maklumat terkini tentang dialek Mesir hampir setiap hari!

[Hubungi Kami] Kami amat mengalu-alukan semua respon, maklum balas dan pertanyaan anda. Sila hubungi kami dengan meng-klik butang FB Messenger di bahagian bucu bawah – kanan. 👉