Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Dua keadaan huruf ش tidak ditambah dalam penafian!
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Antara kaedah dalam dialek mesir, sebagai mana diketahui sebelum ini, huruf ش ditambah selepas sesuatu fi’il yang dinafikan. Contoh:
أنا مَا اكَلْتِشْ
Saya tak makan.

Tapi ada dua keadaan yang tidak ditambah huruf ش:

1- Selepas frasa sumpah (Arab: القسم). Contoh:
والله مَااكَلْتْ
Sumpah, saya tak makan.

  1. Selepas perkataan ‘عمري’ yang bermaksud ‘seumur hidup saya’. Contoh:
    انا عمري مَااهْتَمَّيْتْ بِالكُورَهْ.

“Seumur hidup saya, saya tak pernah ambil kisah tentang bola sepak.”

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: