Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Apakah sebenarnya maksud كَانَ ?
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Antara fungsi كَانَ yang utama dalam bahasa Arab (tanpa mengira Fusha atau Dialek) ialah untuk menunjukkan masa lalu.

Maksud masa lalu di sini ialah masa sebelum pertuturan diucapkan.

Contoh:

أَيْنَ أَنْتَ؟
Ayat ini bermaksud “di mana kamu” sekarang. Iaitu semasa pertuturan diucapkan dimanakah kamu sedang berada?

Apabila كَانَ dimasukkan dalam ayat ini. Ianya akan berbunyi:

أَيْنَ كُنْتَ؟
Ayat ini bermaksud “di mana kamu” tadi. Ini kerana kata nama أنا telah bergabung dengan كان dan mengalih perujukan masa sekarang kepada masa lalu.

Ini bererti, jika kita ingin bertanya “di mana kamu kelmarin?” kita tak boleh tanya:
أَيْنَ أَنْتَ أَمْس؟
atau dalam dialek Mesir:
إنت فِينْ اِمْبَارِحْ؟

Akan tetapi yang tepatnya kita katakan:
أَينَ كنْتَ أمس؟

atau dalam dialek Mesir:
كُنْتْ فِينْ اِمْبَارِحْ ؟

🔰 Nota:

Perkara ini penting untuk diberi perhatian kerana bukan semua كان diterjemah sebagai ‘adalah’. Bahkan sebenarnya fungsi utama كان ialah untuk mengubah petunjuk masa sekarang kepada masa lalu. Bukanlah sebagai kata pemeri atau ‘adalah’.

Perlu diketahui bahawa كان ialah kata kerja dan boleh mengalami perubahan tasrif sebagaimana kata kerja yang lain juga. Maksudnya, كان juga boleh hadir dalam bentuk fi’il madhi, mudhari’ dan amr dalam kesemua bentuknya.

Dapat sesuatu?

Kongsikan tulisan ini ya supaya rakan-rakan kita yang lain juga dapat makumat ini.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: