Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Hafal ayat ini untuk survive di Mesir!
Ditulis pada: 7 Feb, 2019

Berikut beberapa ayat yang boleh kita gunakan untuk membantu kita mengembangkan pengetahuan kita dalam proses pembelajaran bahasa Arab khususnya dialek Mesir:

1- Benda ini nama apa dalam dialek Mesir?
الحاجه دي اسمها ايه؟
البتاع ده اسمه ايه؟
ازي بتقول ده بالمصري؟
(sambil memberi isyarat kepada objek yang kita ingin tahu namanya tersebut)

2- Macam mana nak cakap (sebut ayat yang kita nak cakap sama ada dalam fusha/english) dalam dialek Mesir?

ازي بتقول + sebut ayat dalam fusha/english/mana-mana bahasa yang difahami mukhatab + بالمصري؟

Contoh:
ازي بتقول happy birthday بالمصري؟

3- Minta perlahankan kelajuan seseorang yg sedang bercakap dengan kita:

Boleh cakap slow(tak laju) sikit tak?
ممكن تتكلم بالراحه؟
Rileks bro, cakap one by one.
ياعم اهدا،، اتكلم وحده وحده.

4- Minta penjelasan:

Maaf, saya tak faham maksud kamu. Boleh terangkan dengan lebih detail?
معلش مش فاهمك. ممكن تشرح اكتر؟

Apa maksud kamu?
قصدك ايه؟
يعني ايه؟

5- Perkataan ini apa padanannya dalam Fusha?
الكلمه دي يعني ايه بالفصحى؟

6- Kalau ada orang buat macam ini (sambil buat gaya, bahasa isyarat, simbol, tunjuk gambar atau video atau apa sahaja cara sampai mukhatab faham), kamu akan kata dia sedang buat apa dalam Dialek Mesir?

لو في حد بيعمل كده (buat gaya) هتقولو هو بيعمل ايه؟

atau lebih mudah sekiranya kita ternampak seseorang melakukan sesuatu dan kita ingin tahu apakah perkataan yang digunakan dalam dialek Mesir untuk menunjukkan perbuatan itu segera bertanya kenalan atau orang Arab Mesir yang berada berhampiran:

Dia sedang buat apa?
هو بيعمل ايه؟

7- Minta pendengar(mukhatab) ulang semula kata-katanya tadi:

Kamu cakap apa tadi? Boleh ulang tak? (Sopan)
بتقول ايه؟ ممكن تعيد كلامك؟

Tak dengarlah, kamu cakap apa?
مش سامعك، بتقول ايه؟

Kejap, ulang balik kamu cakap apa tadi? Sebab saya tak dengar.
استنا، عائد الكلام كده، عشان ماسمعتش؟

8- Setelah kita tahu beberapa perkataan, frasa dan ayat dalam Dialek Mesir, mungkin kita ingin cuba membuat ayat sendiri pula.

Namun, kita mesti bertanya dan menyemak semula dengan penutur jati adakah boleh kita menyusun ayat dengan cara demikian? Adakah susunan ayat kita itu betul dan tidak ada ‘bau-bau’ bahasa Melayu? Disaat itu, kita bertanya:

Boleh tak saya kata macam ni + (sebut ayat yang kita tertanya-tanya tadi) ?

ينفع اقول + (ayat kita tadi) ؟

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: