Artikel Terkini di Dialek Mesir
Baca tentang Tips & Panduan, Dialog, Makna Perkataan & Frasa, Tatabahasa, Binaan Ayat, Budaya Mesir dan pelbagai lagi maklumat menarik di sini.
Jangan Arabkan perkataan-perkataan ini bila bercakap Arab!
Ada beberapa perkataan yang tak perlu diarabkan ketika bercakap dalam bahasa Arab. Contohnya ialah Kata Nama Khas (Arab: اسم العلم) seperti: 1. Nama Orang 2. Nama Tempat 3. Nama Brand . Samua perkataan ni, masa tengah cakap dengan Arab, sebut sahaja dengan sebutan asalnya. Nama Awang tak perlu...
Huruf ما yang digunakan di awal ayat membalas hujjah
Dalam dialek Mesir, bukan semua ما bermaksud “Apa”. Juga bukan semua ما yang disebut sebelum fi’il itu ialah ما النافية. Mereka juga menggunakan huruf ما di awal ayat ketika sedang berbalas hujjah, ketika berdebat atau ketika menjawab soalan yang ditanya namun ingin memberi isyarat bahawa dia...
Bila perlu tambah huruf بِ di awal fi’il dalam dialek Mesir?
Bila kita kena letak huruf ب pada sesuatu fi’il? Adakah semua fi’il boleh ditambahkan huruf ب? Berkaitan penambahan huruf ب, sila ingat aturan ini: “Huruf ب hanya boleh ditambah pada fi’il mudhari’ sahaja. Tidak boleh ditambah pada fi’il madhi atau amar.” Jadi, terjawablah soalan kedua,...
Bersumpah guna والنبي – Jangan tiru!
Dalam banyak keadaan, cara yang terbaik untuk menggunakan sesuatu bahasa ialah dengan meniru 'sebijik-sebijik' macam penutur asli (native speaker) gunakan. Namun, ada beberapa keadaan, budaya yang menjadi kebiasaan masyarakat penutur jati tersebut tidak sesuai untuk ditiru. Contohnya, jika kita...
Apa maksud perkataan بَقَالِي dalam dialek Mesir?
Kebanyakan kita yang pernah berada di Mesir pasti pernah dengar perkataan بقا لي (sebut: ba aa lii). Tapi apa maksud dia? . Maksud dia ialah, "tempoh masa yang dilalui oleh seseorang." . Jadi ada dua perkara yang penting dalam ayat yang ada perkataan بَقَا لِي ni. 1. Tempoh masa. 2. Orang yang...
Bagaimana membina fi’il mabni lil majhul dalam dialek Mesir?
Sebelum kita pelajari tentang fi'il mabni lil majhul dalam dialek Mesir, satu perkara yang mesti kita fahami dengan baik terlebih dahulu, iaitu: Apa itu fi'il mabni lil majhul? Secara ringkas kita boleh kata, dia ialah satu bentuk kata kerja, yg digunakan untuk menyembunyikan siapakah yang...
Khalif Rizal
Pelajar dan Peminat Tegar Dialek Mesir - Penulis di DialekMesir.com
Salam dan selamat Datang ke DialekMesir.com!
Semasa saya mula belajar dialek Mesir, saya amat mengharapkan adanya rujukan dan bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu berdasarkan ayat-ayat yang digunakan secara real dalam kehidupan orang Mesir dan bukan ayat yang direka-reka oleh orang bukan Arab.
Atas dasar ini, saya berusaha sehabis baik untuk memastikan setiap maklumat yang dicatatkan disini ialah autentik dan dibuktikan benar-benar digunakan oleh masyarakat Mesir sendiri.
Supaya saudara dapat membaca catatan-catatan di sini dengan tenang dan boleh terus menggunakannya. Semoga bermanfaat!
Tak nak tertinggal bas?🚌🏃♂️
Sertai keluarga besar Nota Dialek Mesir di Telegram sekarang supaya tak terlepas apa-apa maklumat terkini tentang dialek Mesir hampir setiap hari!
[Hubungi Kami] Kami amat mengalu-alukan semua respon, maklum balas dan pertanyaan anda. Sila hubungi kami dengan meng-klik butang FB Messenger di bahagian bucu bawah – kanan. 👉