Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

‘Ayeza ke ‘AyezaH?
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Pada kebiasaannya, orang Arab tidak menyebut huruf ta’ marbuthah yang berada di akhir perkataan. Contohnya:

عايْزَة – Saya mahu (P)
نازْلَة – Saya akan turun (P)

Walaupun perkataan ini diakhiri huruf ta’ akan tetapi dalam sebutan huruf itu seolah-olah tidak ada. Sebutannya seolah-olah hanya akan menjadi:
عايْزَا -ayza’
نازْلَا – nazla

Begitu juga perkataan yang bersambung dengan perkataan selepasnya (biasanya mausuf muannath yang diikuti dengan sifatnya selepas itu) yang kedua-duanya ada أل seperti:

👈🏻 اللغة العربية.
👈🏻 المدينة المنورة

Sebutannya seolah-olah menjadi:
اللُّغَ الْعَرَبِيَّا – ellughal ‘arabeyya
الْمَدِينَ المُنَوَّرَا – elmedinal munawwara

Akan tetapi ada juga keadaan yang mana ta’ marbuthah dibunyikan. Biasanya apabila perkataan yang mempunyai ta’ marbuthah itu menjadi mudhaf.

Contohnya:
مدِينَة بَدْر
منْ شِدَّة غَضَبِي
محَطّة رمسيس
(Nama Satu Stesen Bas dll di Mesir)

Sebutannya menjadi:

Madinet Badr
Min syiddet ghadabi
Mahattet Ramsis

.

.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: