Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Pernah dengar perkataan بَقَا?
Ditulis pada: 7 Feb, 2019

Apa maksud perkataan بَقَا dalam Dialek Mesir?

Bagi yang terbiasa dengan dialek Mesir sama ada belajar di Mesir, kerap mendengar lagu atau menonton filem dalam dialek Mesir pasti pernah mendengar perkataan بقا (baca: baa’aa – huruf qaf disebut dengan hamzah).

Tapi apakah maksudnya?
Secara umum, perkataan ini mempunyai 4 maksud dan fungsi.

1- Berfungsi sebagai ‘taukid’ memberi penekanan terhadap sesuatu ayat. Sebagai contoh:

اُقْعُدْ سَاكِتْ بَقَا!
Duduk diam lah!

قُولْ بقا!
Cakap lah!

ما تِقْلَقْشْ بقا!
Jangan risau lah!

2. Membawa maksud صار, menjadi (yang telah berlaku).

الولد ده بقا زي ابوه
Budak ni dah jadi macam ayah dia.

بقا لك قد ايه في مصر؟
Jadi berapa lama kamu dah ada di Mesir ni?

3. Membawa maksud يصير atau يكون, menjadi (yang sedang dan masih berlaku atau akan berlaku).

Ketika ini, perkataan بقا hadir dalam bentuk mudhari, يِبْقَا Sebagai contoh:

كُلُّ حَاجَهْ هَتِبْقا كُوَيِّسَهْ
Semuanya akan jadi okey.

4. Maksud yang kedua, ketika perkataan ini hadir dalam bentuk يِبْقَا, adalah إِذًا, oleh itu. Sebagai contoh, selepas penerangan yang panjang seorang penutur ingin membuat kesimpulan. Lalu dia katakan:

يبقا، كل واحد لازم يجيب معاه ٥٠٠ جنيه بكره.
Jadi (oleh itu), esok setiap orang mesti bawa 500 LE.

Biasanya dia kedai runcit, ketika cashier sedang kira jumlah pembelian kita di kaunter kita akan berkata;
يبقا كام؟
Jadi (semuanya) berapa?

Kesimpulannya, perkataan ini hadir dalam dua bentuk, بقا dan juga يبقا. Setiap bentuk ini pula secara umumnya mempunyai dua makna.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: