Artikel Terkini di Dialek Mesir
Baca tentang Tips & Panduan, Dialog, Makna Perkataan & Frasa, Tatabahasa, Binaan Ayat, Budaya Mesir dan pelbagai lagi maklumat menarik di sini.
Macam mana nak cakap ‘oh ya’ dalam dialek Mesir?
Dalam dialek Mesir, perkataan إِلَّا juga boleh berada di awal ayat dan digunakan untuk menunjukkan yang kita baru teringat untuk cakap sesuatu. Terjemahan yang dilihat paling dekat ialah 'oh ya'. Perhatikan contoh-contoh berikut supaya lebih jelas: Oh ya, Nadir. Kamu ke mana...
“Bukan sekarang!”
"Sekarang bukan masanya!" Kadang-kadang bila kita tengah sibuk buat kerja, mula lah ada kawan-kawan nak ajak keluar. .Ataupun bila bertandang ke tempat orang-orang yang kita segani, rakan atau adik-beradik kita makin beria-ia menyakat dan bergurau lebih-lebih. .Haa, waktu-waktu macam ni kita boleh...
“Saya suka sangat …”
.Untuk bina ayat macam ni, kita boleh gunakan rangkai kata: أَمُوتْ فِي + الاسم Contohnya:أَمُوتْ فِيكِي"Saya suka 'gila' dekat kamu(P)." أَمُوتْ فِي كرِيبْ"Saya suka gila makan crepe." Dari dua contoh ini pembaca dapat fahami bahawa isim yang berada selepas فِي sama ada ism dhamir atau ism zahir....
“Izinkan saya untuk…”
Untuk membina ayat seperti ini kita boleh gunakan rangkai kata:تِسْمَحْلِي + الفعل المضارع Contoh: Izinkan saya keluar sekejap.تِسْمَحْلِي أَخْرُجْ (أَطْلَعْ) بَرَّهْ شُوَيَّةْ؟ Izinkan saya untuk buka tingkap ini?تِسْمَحْلِي أَفْتَحْ الشِّبَّاكْ دَهْ؟ Izinkan saya cucuh rokok? تِسْمَحْلِي...
“Saya baru datang dari…”
أَنَا لِسَّهْ جَايْ مِنْ Rangkai kata ini merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk memberitahu bahawa kita baru pulang atau baru tiba dari mana-mana tempat dalam dialek Mesir. Terjemahan:أَنَا - sayaلِسَّهْ - baru sahajaجَايْ - datang / pulang مِنْ - dari Sebutan:Ana lessa gaii min …. . ....
Selamat pagi!
Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Mesir atau terbiasa dengan dialek Mesir pasti pernah mendengar ucapan selamat pagi seperti: صباح الفُلّ Betul tak? 😊 Maksud perkataan الفلّ di sini ialah bunga Melur. Tapi, jangan pula tertukar dengan الفول kerana perkataan ini membawa maksud yang berbeza,...
Khalif Rizal
Pelajar dan Peminat Tegar Dialek Mesir - Penulis di DialekMesir.com
Salam dan selamat Datang ke DialekMesir.com!
Semasa saya mula belajar dialek Mesir, saya amat mengharapkan adanya rujukan dan bahan pembelajaran dalam bahasa Melayu berdasarkan ayat-ayat yang digunakan secara real dalam kehidupan orang Mesir dan bukan ayat yang direka-reka oleh orang bukan Arab.
Atas dasar ini, saya berusaha sehabis baik untuk memastikan setiap maklumat yang dicatatkan disini ialah autentik dan dibuktikan benar-benar digunakan oleh masyarakat Mesir sendiri.
Supaya saudara dapat membaca catatan-catatan di sini dengan tenang dan boleh terus menggunakannya. Semoga bermanfaat!
Tak nak tertinggal bas?🚌🏃♂️
Sertai keluarga besar Nota Dialek Mesir di Telegram sekarang supaya tak terlepas apa-apa maklumat terkini tentang dialek Mesir hampir setiap hari!
[Hubungi Kami] Kami amat mengalu-alukan semua respon, maklum balas dan pertanyaan anda. Sila hubungi kami dengan meng-klik butang FB Messenger di bahagian bucu bawah – kanan. 👉