Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

“Saya suka sangat …”
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

.
Untuk bina ayat macam ni, kita boleh gunakan rangkai kata:

أَمُوتْ فِي + الاسم

Contohnya:
أَمُوتْ فِيكِي
“Saya suka ‘gila’ dekat kamu(P).”

أَمُوتْ فِي كرِيبْ
“Saya suka gila makan crepe.”

Dari dua contoh ini pembaca dapat fahami bahawa isim yang berada selepas فِي sama ada ism dhamir atau ism zahir.

.
Ism Dhamir: Kata ganti nama diri. Seperti هو, هما, هم sehingga akhir.

Ism Zahir pula ialah selain ism dhamir.

.
Secara literalnya ayat اموت في ini bermaksud saya mati untuk. Jadi, digunakan dalam dialek Mesir untuk menunjukkan penutur sangat sukakan sesuatu sehinggakan seolah-olah sanggup mati untuk dapatkannya.

Kongsikan Artikel Ini: