Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Macam mana nak cakap ‘oh ya’ dalam dialek Mesir?
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

 

Dalam dialek Mesir, perkataan إِلَّا juga boleh berada di awal ayat dan digunakan untuk menunjukkan yang kita baru teringat untuk cakap sesuatu.

Terjemahan yang dilihat paling dekat ialah ‘oh ya’.

Perhatikan contoh-contoh berikut supaya lebih jelas:

  1. Oh ya, Nadir. Kamu ke mana kelmarin?
    إِلَّا صَحِيحْ يَا نَادِرْ،، كُنْتْ فِينْ اِمْبَارِحْ؟
  2. Oh ya, saya tadi sebenarnya nak tanya kamu, kamu akan ke mana cuti musim tahun ni?

إِلَّا كُنْتْ عَايِزْ أَسْأَلَكْ هَتْصَيَّفْ فِينْ السنة دِي؟

Nota:
Kata kerja صَيَّفْ hanya khas untuk membawa maksud ‘bercuti di musim panas’.

  1. Oh ya, beritahu saya kamu jadi nak datang ikut saya esok?
    إِلَّا قُلِّي هَتِيجِي مَعَايَا بُكْرَهْ؟

 

.

.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: