Nak belajar dialek Mesir? Tapi tak tahu kat mana nak dapatkan sumber-sumber orang bercakap dalam Ammiy Mesir?
Antara perkara yang selalu menjadi alasan untuk tak belajar dialek Mesir ialah, tiada sumber. Sebenarnya, betul ke tiada sumber untuk belajar Ammiy Mesir atau Dialek Mesir ni?
Secara peribadi, saya sendiri selain belajar dialek Mesir di jalanan, di kuliah, dengan jiran jiran rumah berhampiran, sumber yang paling penting dan sangat berjasa bagi saya ialah INTERNET.
Ya, daripada internet je pun kita dah boleh belajar Ammiy Mesir ni sebenarnya.
Mungkin bukan semua orang berpeluang dan berkesempatan untuk berkawan dan bergaul dengan orang Mesir. Tapi saya pasti semua orang ada internet! Betul tak?
Jangan pandang sebelah mata pembelajaran melalui internet ni. Jika kena caranya, orang yang tak pernah jejakkan kaki ke Mesir pun boleh power Ammiy Mesir ni!
“Tapi macam mana nak belajar dialek Mesir kalau susah nak tangkap apa yang orang cakap?”
Jika anda berada di Mesir, ada kenalan orang Arab Mesir atau ada rakan yang mahir dalam ammiy Mesir, boleh lakukan 3 perkara ni:
- Tonton video-video menarik dalam Ammiy Mesir.
- Jika ada perkataan atau ayat yang tak dapat tangkap, tandakan minit keberapa.
- Bawa jumpa kawan Arab dan tanya makna dan nak sebut macam mana.
Selesai! Senang kan? Inilah yang saya buat sejak mula-mula belajar ammiy Mesir pada tahun 2015.
“Macam mana kalau saya tak ada kawan orang Arab Mesir?”
Jika anda tak berada di Mesir atau kenalan Arab Mesir, jangan risau! Anda boleh join Komuniti Dialek Mesir yang aktif berbincang tentang dialek Mesir atau Ammiy Mesir di sini:
https://www.facebook.com/groups/958950391125014/
Tanya sahaja apa-apa soalan yang anda keliru dalam group ini. Kemudian rakan-rakan ahli group akan bantu untuk kongsikan jawapan.
Lepas dah tahu tu, jangan lupa tulis apa yang mereka cakap dan hafal.
Ulang ulang dan ulang cara ni. Saya yakin, pun boleh buat macam ni. Mulakan hari ini, biar sedikit asalkan konsisten. Saya berani jamin kalau konsiten buat begini dalam masa setahun dah boleh nampak peningkatan berlaku dalam diri .
Ini ialah channel-channel tersebut:
1. Vlog Kareem el-Sayyed Dalam channel ini, Kareem banyak lakukan perkongsian tentang kehidupannya sebagai seorang Mesir yang menetap di UK setelah berkahwin dengan orang sana. Best tengok channel ni sebab dia rileks dan footage dia cantik. Cara Kareem bercakap pun
Link: https://www.youtube.com/user/stvband
2. ‘Ali Muhammad ‘Ali Seorang pemuda Mesir yang berpengetahuan luas. Dalam program ‘Ali we Kitaab (وكتاب علي (beliau ringkaskan buku-buku self-help dan motivasi terkini yang beliau baca.
Link: https://www.youtube.com/user/flashawy
3. Ahmed Abou Zaid’ / Droos Online Beliau lakukan banyak perkongsian berkaitan komputer, bahasa Inggeris dan isu-isu terkini.
Link: https://www.youtube.com/user/DroosOnline4u
4. el-Zatoona Channel yang dimiliki oleh Michael Rashid ini juga membuat ringkasan buku-buku self help dan motivasi. Kelebihan ringkasan oleh Michael ini ialah durasi videonya lebih singkat berbanding video yang dibuat oleh ‘Ali Muhammad ‘Ali dalam rancangan ‘Ali we Kitaab tadi.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCPnXSD5IUw3YdhUy5emn_qg
5. ReadTube Sebagaimana Namanya, channel ini juga focus untuk meringkaskan buku-buku menarik. Kelebihannya pula ialah kebanyakan video menggunakan doodle. Sangat interaktif dan mudah difahami.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCu1NJiJlhrhmF5ZgT-0yWdA
6. Akhdar Juga channel yang meringkaskan buku-buku self-help dan motivasi.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCtUor2SqesPS3b_SMFtLT_w
7. Osloop Channel ini focus kepada memberikan konten-konten menarik kepada pelajar peringkat thanawi dan universiti. Teknik-teknik belajar pelbagai perkongsian menarik berkaitan pelajaran dikongsikan dalam channel ini.
Link: https://www.youtube.com/channel/UC-fT6wIb2N5-fZexR_eBRyA
8. Iqtisaad el-Kawkab Jika minat ekonomi, ini channel yang sesuai dengan . Mereka tidak pernah terlambat untuk lakukan perkongsian tentang berita terkini tentang ekonomi dunia.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCjMdgUQQM68S7tdXspE45Ag
9. TelpoShow Hah, ini lagi menarik! Vlog yang dilakukan oleh rakyat Mesir yang tinggal di Malaysia. Semua video-video yang dibuat cerita tentang Malaysia.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCRyPQTZCn_U2sZCmCLyw5Ow
10. Omar Abdel Rahim Salah satu channel yang saya tak pernah tinggal setiap video-video terbaru. Selain perkongsian tentang ayat dan frasa dalam Bahasa Inggeris, Omar dalam video-videonya juga banyak menegur orang Mesir dalam menyebut sesetengah perkataan tertentu. Kadang-kadang tu rasa lucu pun ada!
Link: https://www.youtube.com/channel/UCxmEEGYXJkgJJO12nJhXl5g
11. ZAmerican English Juga perkongsian berkaitan Bahasa Inggeris namun lebih menekankan sebutan mengikut American Accent (dialek Amerika).
Link: https://www.youtube.com/channel/UCHrD4qdeQc1BbpG6EPqDBcA
12. Mohammad el-Ghaleez Perkongsian dan nasihat-nasihat keagaamaan secara spontan oleh seorang pemuda yang berpengatahuan luas, Muhammad el-Ghaleez.
Link: https://www.youtube.com/user/MohElGhaleez
13. Amir Mounir Penulis buku Ilallah (الله إلى (ini masyhur dengan rancangannya الساعة السابعة perkongsian yang beliau lakukan setiap hari pada pukul 7 malam.
Link: https://www.youtube.com/channel/UCp479sePW_R7NM8AhPyUDoQ
14. Bassatahaalak: https://www.youtube.com/user/mohamed17779
15. el–Schoola: https://www.youtube.com/channel/UCxhMyy_YpfigS83kign-0_g
Dua channel yang terakhir ni pula meringkaskan subjek-subjek yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Mesir untuk SPM mereka (Thanawiyyah ‘Aammah).
Bagus untuk ikuti perkongsian mereka supaya kita dapat ketahui istilahistilah yang mereka gunakan untuk subjek-subjek yang kita pernah belajar masa sekolah menengah dulu. Juga kita dapat tahu bagaimana laras bahasa yang digunakan para guru Mesir di perngkat sekolah menengah.
Tak sempat sekolah menengah di Mesir? Tak apa, follow dua channel ni. Hehe.
Laast sekali, pun boleh follow Channel Youtube DialekMesir dot com di sini:
https://www.youtube.com/channel/UCIS_z1Tf4Y72gx1Myebtm7g
Banyak kan? Tak apa, follow dulu semua. Nanti boleh pilih dua tiga channel untuk betul-betul ikut.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan dengan rakan-rakan anda!