Pernah dengar? Anda juga boleh pelajari dialek Mesir secara lebih efektif melalui movie dan drama. Baca lagi di sini.

“Saya dah biasa macam ni…”
Ditulis pada: 22 Oct, 2019

“Saya dah biasa macam ni…”

Untuk cakap ayat macam ni dalam Dialek Mesir, kita ada dua cara:

1. اِتْعَوَّدْتْ عَلَى كِدَهْ

2. أَنَا وَاخِدْ / وَاخْدَةْ عَلَى كِدَهْ

Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.

🔰 Nota:

Kata nama وَاخِدْ ialah اسم الفاعل bagi kata kerja أخذ (dalam Fusha) atau خَدْ dalam ‘Ammiy.

Secara kebanyakannya, kata kerja yang bermula dengan أ dan huruf hamzah ini adalah huruf asli (bukan huruf tambahan / imbuhan), maka اسم الفاعل baginya akan bermula dengan huruf َو berbaris fathah kemudian diikuti dengan huruf alif.

🔹 Bandingkan اسم الفاعل dalam bahasa Arab Fusha dan dialek Mesir bagi fi’il yang mahmuz al-faa:

Kata Kerja: أَخَذَ
Ism al-Fail dalam Fusha: آخِذ
Ism al-Fail dalam Dialek Mesir: وَاخِدْ

Kata Kerja: أَكَلَ
Ism al-Fail dalam Fusha: آكِل
Ism al-Fail dalam Dialek Mesir: وَاكِل

Dapat sesuatu?
Jangan lupa kongsikan tulisan ini! 😉

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.