Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Saya dah agak yang…
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

“Saya dah agak yang…”

Ada dua bentuk ayat yang kerap digunakan untuk mengungkapkan makna ini.

Pertama:
قَلْبِي كانْ حَاسِسْ أَنْ …
Baca: Albi kaan haasis enn
Terjemahan literal: Hati saya dah rasakan bahawa …

Contoh,
قلبي كان حاسس أنك مش هتيجي
“Saya dah agak yang kamu tak akan datang.”

Atau dalam beberapa keadaan tertentu, kita boleh terus gunakan rangkai kata قلبي كان حاسس sahaja tanpa disempurnakan dengan أن untuk mengungkapkan maksud “aku dah agak dah” sahaja. Tanpa penjelasan dengan tambahan, “bahawa”.

Kedua:
أنا كُنْتْ حاسس أن/ب …
Baca: Ana kunt haasis enn/bi ..
Terjemahan literal: Saya dah
agak yang …

Contoh:
أنا كنت حاسس أنه هينجح
Saya dah agak yang dia akan berjaya.

أنا كنت حاسس بوقوع الكارثة
Saya dah agak bahawa akan berlakunya tragedi itu.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: