Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Perkataan رَاحَ dan رَوَّح – Jangan tertukar!
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Dua kata kerja yang sering mengelirukan kita sebagai bukan penutur jati dialek Mesir.

Perkataan رَاحَ dan رَوّحَ.

Yang pertama bermaksud pergi. Manakala yang kedua adalah kata kerja yang khusus untuk membawa maksud pulang ke rumah.

Sebagai contoh, jika kita nak kata, “Saya mahu pergi ke masjid.” Kita katakan,

عايز اَرُوحْ المسجد.

Tak tepat jika kita katakan,
عايز اَرَوَّحْ المسجد.

Kalau kita ucapkan ayat yang kedua ni kat orang Mesir, dia akan faham yang kita ni memang tinggal di masjid. Rumah kita di masjid. Hehe. 😁

Sekiranya kita nak kata, “saya mahu pulang ke rumah”, ayat yang betul adalah,
عَايِزْ اَرَوَّحْ البيت.

Atau kita boleh terus katakan أنا مُرَوَّحْ, orang Arab Mesir akan terus faham bahawa kita nak balik rumah. 😉

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: