Sekiranya kita hanya ingin menafikan satu perkataan sahaja, kita boleh menggunakan مِشْ. Contohnya:
Saya bukan orang Syria.
أَنَا مِشْ سُورِي
Namun, sekiranya kita ingin menafikan dua perkataan atau lebih, kita akan gunakan perkataan لَا bukan مِشْ . Contohnya:
Saya bukan orang Syria dan bukan juga orang Lubnan.
أَنَا لَا سُورِي وَلَا لِبْنَانِي
Kita tidak boleh kata:
أَنَا مِشْ سُورِي وَمِشْ لِبْنَانِي
Anda dapat sesuatu?
SHARE ilmu ini kepada orang lain juga ya? 😊
Semoga bermanfaat.
.
.
.
.
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.