Dalam #DialekMesir, menipu atau ore klate panggil ‘lipak’ diterjemahkan sebagai ضِحِكْ atau نَصَبْ.
.
Sebagai contoh, kalau kita nak buat ayat, “Karim tipu Ahmad” kita mesti guna harf عَلَى sebagai perantara sebelum menyebut Ahmad. Kita katakan:
كَرِيمْ ضِحِكْ عَلَى أحمد.
Contoh-contoh lain:
- “Kamu jangan tipu saya!”
مَتِضْحَكْشْ عَلَيَّ بقا! - “Kau ingat aku bodoh ke, nak tipu aku?”
انت فَاكِرْنِيْ عَبِيْطْ عَشَانْ تِضْحَكْ عَلَيَّ؟ - ” Saya ni tak tipu orang.”
أنا مَبَضْحَكْشْ عَلَى حَدّ! - “Saya kena tipu.”
أَنَا اتْضَحَكْ عَلَيَّ
أَنَا اتْنَصَبْ عَلَيَّ - “Kamu penipu!
انت نَصَّابْ!
.
Nak maklumat tentang dialek Mesir terus ke telefon pintar tuan puan?
Klik link berikut untuk sertai saluran Telegram Nota Dialek Mesir.
👉t.me/DialekMesir
.
Gambar: Selamat datang ke bandar Nassab! Hehe. 😂
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.