Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Maksud perkataan دِلْوَقْتِي
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Perkataan دلوقتي (baca: dil wa’ti) bukan sahaja bermaksud ‘sekarang’.

.
Dalam beberapa keadaan, perkataan ini juga boleh membawa maksud ‘baru sahaja tadi’. Kalau orang putih kata, ‘just now.’ Hehe.

.
Sebagai contoh,
رَحِيمْ فِينْ؟ انا لِسّهْ سَامْعَكْ بِتْكَلِّمُهْ دِلْوَقْتِي
“Rahim mana? Aku baru je dengar kau cakap dengan dia TADI.”

Dalam ayat ni, دلوقتي bermaksud tadi. Bukan sekarang.

Contoh lain, apabila orang tanya, bila kau sampai?

Kita boleh jawab,
لسه جاي دلوقتي.

Saya baru sampai (datang) TADI.

.
Kesimpulan, دلوقتي mempunyai sekurang-kurangnya dua maksud mengikut kesesuaian ayat.

  1. Sekarang.
  2. Tadi.

.


Cuba terjemah ayat dalam gambar? Hehe.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: