Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Larangan dalam Dialek Mesir – Cara Tiga
Ditulis pada: 22 Jul, 2021

Cara ke-3 ini ialah dengan menggunakan rangkai kata:

إوْعَى + الفعل المضارع بدون باء

Syaratnya sama macam cara ke-2 dan pertama, TIDAK BOLEH ADA بِ dalam fi’il mudhari’ yang digunakan untuk larangan.

Apa maksud dia?

Dari sudut MAKSUD, ayat larangan yang menggunakan إوْعَى mengandungi unsur larangan yang PALING KERAS.

.
Larangan paling keras? Macam mana tu?

Larangan paling keras maksudnya kita betul-betul tegaskan dan bagi amaran kepada seseorang supaya jangan buat sesuatu.

Tak kira bila-bila masa pun, asal kita nak larang sesuatu dengan tegas, kita boleh guna إوعى kemudian lepas tu sebutkan fi’il mudhari’ bagi perbuatan yang kita nak larang orang buat tu.

Dapat? (Baca balik ayat yang bold kat atas ni tiga kali.)

.
Antara CONTOH penggunaannya ialah bila seorang ibu nak larang anak buat sesuatu perkara berbahaya, guru nak marah anak murid dan sebagainya. (Ini contoh sahaja. Bukan bermaksud keadaan lain tak boleh.)

Nak terjemah macam mana?

Kita boleh terjemah ikut kesesuaian konteks. Contohnya:

إوْعَى تِنْسَى!
“Jangan sampai kamu lupa!” / “Jangan lupa okey?!”

إوْعَى تُقُولْ لُهْ / تُقُولُّهْ
“Jangan bagitau kat dia!”

Jadi kita faham yang sebenarnya, terjemah macam mana pun tak apa, asalkan kita tahu yang dia ada unsur larangan yang paling keras dan tegas.

.
Jadi setakat ni, kita dah belajar 3 cara buat ayat larangan. Betul?

Jom kita susun balik ikut darjah kekerasan dalam larangan.

1- Larangan menggunakan بلاش. Tahap Larangan: Paling ringan.

2- Larangan menggunakan rangkai kata:
ما + الفعل المضارع بدون باء + شْ
Tahap Larangan: Sederhana. Paling banyak digunakan.

3- Larangan menggunakan إوعَى.
Tahap Larangan: Paling Tegas.

Kalau belum baca lagi cara 1 dan 2 untuk buat ayat larangan. Boleh rujuk post sebelum ini.

.

Alhamdulillah. Jadi kita dah habis cerita bab larangan dalam dialek Mesir.

Kalau nak betul-betul mahir bab larangan dalam dialek Mesir ni, hadam dengan baik ketiga-tiga tulisan berkaitan bab larangan ni.

Kemudian, Google dan cuba perhatikan macam mana ayat-ayat atau bentuk larangan ni digunakan dalam dialek Mesir.

Nota: Untuk perkataan إوعَى, dia ada lagi satu penggunaan lain. Nanti kita akan bincang secara berasingan.

Kongsikan Artikel Ini: