Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Larangan Dalam Dialek Mesir – Cara Pertama
Ditulis pada: 19 Jul, 2021

Nota #DialekMesir | Ayat Larangan Dalam Dialek Mesir

Untuk membina ayat larangan dalam dialek Mesir, kita kena guna rangkai kata:

مَا + الفعل المضارع بدون باء + شْ

.
Untuk buat ayat larangan, kita hanya perlu tambah ما kat awal fi’il mudhari’ dan شْ di akhirnya.

Dengan syarat: TIADA HURUF BA’ di awal fi’il mudhari’ tersebut.

.
Kemudian, seperkara lagi yang perlu kita ingat ialah untuk melarang, kita hanya akan larang orang yang ada depan kita masa kita bercakap.

Kita tak boleh nak larang diri sendiri atau orang yang tak ada depan kita. Betul?

Kita hanya boleh larang mukhatab (pihak kedua/orang yang ada depan kita masa kita bercakap dengan dia).

Jadi, bentuk kata kerja untuk larangan hanya 3 ni sahaja:

Kita gunakan خرج (keluar) sebagai contoh.

مَاتُخْرُجْشْ (untuk إنت)
مَا تُخْرُجِيشْ (untuk إنتي)
مَا تُخْرُجُوشْ (untuk إنتو)

Nota: إنتو digunakan untuk lelaki dan perempuan. Tiada أنتن dalam dialek Mesir.

.
Hanya tiga bentuk ini sahaja dalam dialek Mesir yang kita guna untuk larangan.

Perhatikan, ada tiga persamaan antara semua bentuk ni:

1. Tambahan ما di awal fi’il.
2. Fi’il tidak didahului oleh ب.
3. Tambahan شْ di akhir fi’il.

.
Jangan tertukar antara LARANGAN dan PENAFIAN.

Macam mana nak bezakan?

Tengok ayat contoh ni:
مَاتُخْرُجْشْ مَن البيت!

“Kamu JANGAN keluar rumah.”

Ini ayat LARANGAN. Dia larang ‘kamu’ keluar rumah.

Tengok yang ni pula:
مَابِتُخْرُجْشْ مَن البيت.

“Kamu TIDAK keluar rumah.”

Ini ayat PENAFIAN. Dia nafikan perbuatan keluar tu dilakukan oleh ‘kamu’.

.
Nampak bezanya dari sudut maksud?

Kalau tak nampak. Tengok balik dari awal dan baca slow-slow sampai nampak dan faham.

.
Dah nampak dari sudut maksud. Kita tengok dari sudut BENTUK.

Ada dua beza antara bentuk kata kerja larangan dan penafian dalam dialek Mesir.

1- Untuk larangan, tiada ب di awal fi’il mudhari’. (Scroll balik kat atas, tengok balik betul ke tak ni)

Untuk penafian, ada ب di awal fi’il mudhari’. (Berhenti kejap. Cuba hadam. Cek balik kat atas tadi. Betul ke ayat penafian tu ada huruf ba kat awal fi’il dia. Dah nampak betul baru teruskan baca.)

2- Untuk larangan, hanya ada 3 bentuk. Iaitu untuk mukhatab sahaja (scroll balik, tengok apa maksud mukhatab.)

Berbeza dengan penafian, dia ada untuk semua dhamir.

Sebagai maklumat tambahan, dalam dialek Mesir, mereka hanya guna 8 dhamir. Iaitu:
هو، هي، همَّ. إنت، إنتي، إنتو. إنا، إحنا.

Selesai cara pertama untuk bina ayat larangan dalam dialek Mesir. Tinggal dua cara lagi.

Jumpa dalam bahagian yang kedua!

Kongsikan Artikel Ini: