Pernah dengar? Anda juga boleh pelajari dialek Mesir secara lebih efektif melalui movie dan drama. Baca lagi di sini.

Larangan dalam Dialek Mesir – Cara Kedua
Ditulis pada: 22 Jul, 2021

Cara yg kedua ialah dengan menggunakan perkataan بَلَاشْ.

Sebelum masuk secara detail tentang cara untuk buat ayat larangan menggunakan perkataan ni, elok untuk kita faham dengan baik dulu satu perkara yg sering orang keliru iaitu tentang maksud perkataan بَلَاشْ.

Apa maksud بَلَاشْ ni?

Perkataan بلاش ni dia akan datang dalam dua keadaan. Setiap keadaan membawa maksud yang berbeza.

Keadaan Pertama: بَلَاشْ – Kalau dia datang dalam bentuk macam ni(tengok betul-betul tulisan dia, hanya ada satu ب berbaris fathah di awal perkataan), bererti fungsi dia ialah untuk melarang.

Keadaan Kedua: بِبَلَاشْ – Jika ada بِ sebelum perkataan بَلَاشْ maka maksudnya ialah “secara percuma.”

.
Simple saja kan?

Baik, seterusnya.

Jadi, macam mana nak buat ayat larangan guna perkataan بَلَاشْ ni?

Kita akan gunakan rangkai kata:

بَلَاشْ + الفعل المضارع بدون باء

(Balash + Fi’il Mudhari TANPA بِ)

Contoh Ayat:
بَلَاشْ تُقُولْ لُهْ
“Tak payah beritahu dia.”

Perhatikan fi’il تُقُولْ di sini.

Dia tak cakap بِتْقُول, sebab semua fi’il mudhari’ yg kita guna untuk larangan tak boleh ada بِ di awalnya. Jelas?

Sama macam yang kita dah belajar dalam pelajaran pertama tentang larangan baru-baru ini (kalau belum baca, boleh scroll atas sikit dan baca).

Cara kedua ini lebih mudah kan?

Kita cuma kena sebut بلاش lepas tu sebut fi’il mudhari’ untuk benda yang kita nak larang.

Tapi, ada beza dari sudut MAKSUD.

Untuk ayat larangan menggunakan بلاش ni, larangan dia LEBIH LEMBUT dan SOPAN.

Jadi bila terjemah, kita akan terjemah sebagai, “Usahlah / Tak payahlah”. Ini lebih lembut berbanding ‘jangan’.

Kongsikan Artikel Ini: