🌱 Seperti yang dijanjikan kelmarin, berikut saya sertakan teks untuk video ‘brader kedekut’ bersama sedikit penjelasan.
✅ Semua teks telah dibariskan dan untuk latihan sebutan sila rujuk video dan sentiasa mengulang-ulang.
❌ Perkataan yang berulang-ulang saya sengaja tak tulis dan hanya menyebutnya sekali.
💯 Semoga bermanfaat.❗️ 😇
🔹 عايِزْ إِيهْ؟
👉🏻 Perkataan عايز adalah perkataan maskulin (Arab: مذكر) yang bermaksud ‘mahu’. Manakala untuk feminin (Arab: مؤنث) pula adalah عَايْزَهْ.
👉🏻 Perkataan إيه pula bermaksud ‘apa’.
🔹 فُلُوسْ،، حَاجَهْ لِلَّهْ.
👉🏻Perkataan حاجه pula bermaksud شيء iaitu ‘benda’ atau ‘sesuatu’.
👉🏻 Ayat ini biasanya digunakan oleh orang susah yang sangat memerlukan bantuan.
🔹 يا رَيْتْ
👉🏻 Perkataan ini disebut oleh ramai orang Mesir dan juga sesetengah negara Arab lain. Ada sesetengah negara Arab yang lain pula menggunakan ْيَالَيْت. Kedua-duanya bermaksud ‘alangkah baiknya’.
🔹 انْتَ عَارِفْ الشَّارِعْ اللِّي عَ نَاصِيَتُهْ بِتَاعْ تُجَارْ جَرَايِدْ دَهْ؟
👉🏻 Perkataan اللي merupakan isim mausul yang bermaksud الذي. Hanya satu bentuk saja tak kira sama ada muzakkar, muannath, mufrad, muthanna atau jamak.
👉🏻 Dipermulaan ayat, ianya berbunyi ‘elli’. Tapi kalau ditengah-tengah ayat, hanya bunyi ‘lli’.
👉🏻 Perkataan ده pula adalah isim isyarat yang bermaksud هذا, ini.
👉🏻 Perkataan الجرايد adalah akhbar. Asalnya الجرائد, tapi diringankan maka huruf hamzah berubah menjadi ي.
🔹 ااهْ اللِّي هِنَاكْ.
👉🏻 Perkataan آه merupakan cara lain untuk mengiyakan sesuatu selain menggunakan نعم.
🔹 فِيهْ بَعْدِيهْ شارع.
👉🏻 Perkataan فيه bermaksud ‘ada’.
👉🏻 Perkataan بعديه pula asalnya dalam fusha adalah ُبَعْدَه.
🔹 سِيبُهْ
👉🏻 Ini adalah fi’il amar bagi kata kerja َسَاب yang bermaksud, ‘tinggalkan’.
🔹 مَاشِي
👉🏻 Ini adalah cara lain untuk mengatakan ‘Okey’.
🔹 تخُشُّ فيه
👉🏻 Perkataan خش ini bermaksud ‘masuk’.
🔹 هتْلَاقِي بعده عمارة
👉🏻 Perkataan هتلاقي merupakan gabungan ه yang bermaksud سوف. Manakala تلاقي pula bermaksud ‘jumpa’.
🔹 الدُّورْ الأَوَّلَانِي
👉🏻 Perkataan الدور bermaksud ‘tingkat’. Manakala الاولاني pula bermaksud الأول. Kerap digunakan oleh orang-orang yang berasal daripada kampung.
-🔹هتلاقي أُوْضَةْ
👉🏻 Perkataan أوضة bermaksud ‘bilik’.
🔹هتلاقي بعديه دُولَابْ
👉🏻 Perkataan دولاب bermaksud ‘almari’.
🔹 وحََياةْ الْمُصْحَفْ دِي مَا مَعَايَا وَلَا مَلِّيمْ.
👉🏻 Menjadi kebiasaan rakyat Mesir untuk berkata, والمصحف, والنبي dan lain-lain. Namun, bersumpah dengan selain Allah adalah ditegah.
👉🏻 Sebagaimana yang saya kongsikan dalam perkongsian pertama di sini baru-baru ini, penafian selepas frasa sumpah tidak boleh ditambah ش. Kita dapat lihat dalam video ini, selepas frasa sumpah وحياة المصحف, dia katakan ما معايا (Melayu: Tak ada dengan saya).
👉🏻 Kalau tiada frasa sumpah sebelumnya, kita mesti gunakan مَا مَعِيْشْ. Gabungan daripada ما النافية+ مع + ياء المتكلم + ش. Yang bermaksud ‘tidak ada bersama saya / saya tak ada)
👉🏻 Perkataan مَلِّيم bermaksud mata wang lama Mesir yang paling kecil. Sudah tidak digunakan lagi.
.
.
.
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.