Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Ke manakah menghilangnya huruf alif?
Ditulis pada: 23 Jul, 2021

Dalam dialek Mesir, kita akan selalu jumpa fi’il mudhari’ yang didahului oleh ب. Biasanya, tambahan huruf ب ini tak akan mengganggu huruf asal fi’il mudhari’. Maksudnya, tambahan huruf ب ini tak akan menyebabkan mana-mana huruf asal fi’il mudhari’ akan dibuang.

Tapi, kenapa ada beberapa keadaan huruf hamzah yang merupakan salah satu ahruf al-mudhara’ah ini dibuang daripada fi’il mudhari’ yang dimasuki بِ?

Jawapan:

Huruf أ yang merujuk kepada أَنَا di awal fi’il mudhari akan dibuang dalam dua keadaan sahaja:

1. Selepas ب yang bermaksud ‘sedang’ atau ‘selalu’.

Contoh:
أَشْرَبْ 👈🏻 بشْرَبْ
أَطْبُخْ 👈🏻 بطْبُخْ
أَلْعَبْ 👈🏻 بلْعَبْ
أَقْرَا 👈🏻 بقْرَا

2. Selepas هَـ yang bermaksud ‘akan’.

أَشْرَبْ 👈🏻 هشْرَبْ
أَطْبُخْ 👈🏻 هطْبُخْ
أَلْعَبْ 👈🏻 هلْعَبْ
أَقْرَا 👈🏻 هقْرَا

Timbul persoalan: Kenapa huruf ا tak dibuang dalam sesetengah fi’il seperti بَاكُلْ (saya makan) dan بَاخُدْ (saya ambil)?

Jawapan: Sebab huruf pertama dalam kedua-dua fi’il itu asalnya ialah alif mad. Alif yang macam ni 👉🏻 آ.

Contoh:
آكُلْ 👈🏻 باكُلْ
آخُدْ 👈🏻 باخُدْ

Kesimpulannya, bila ada ب atau هَـ sebelum sesuatu fi’il mudhari’ dan awal fi’il mudhari’ tu hamzatul qat’ (أ), kena buang. Kalau awal dia tu alif macam ni 👉🏻 آ, tukar dia jadi alif macam ni 👉🏻 ا.

Dapat sesuatu? Kongsikan dengan rakan-rakan anda. 😊

📝 Nota Dialek Mesir : https://t.me/dialekmesir

Kongsikan Artikel Ini: