Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Kamu serious ke ni?
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

ARE YOU SERIOUS???

.
Haa, macam mana nak cakap ayat ni dalam Dialek Mesir?

.
Video ringkas ini akan menjawab persoalan tersebut. Teater klasik Mesir (Arab: مسرح مصر) lakonan seorang lagenda dalam industri lakonan, ‘Adil Imam. Boleh dikatakan tidak ada seorang pun rakyat Mesir yang tak kenal siapa ‘Adil Imam.

.
Ayat yang digunakan adalah:
اِنْتَ بِتِتْكَلِّمْ جَدْ؟
Enta bitikkallim gad?

Perkataan جَدّ berasal daripada bahasa Arab Fusha yang bermaksud bersungguh-sungguh.

Contoh lain, untuk bertanya, “Seriously?” Kita boleh kata:
بِجَدْ؟؟

ataupun:
لا والله؟

Kalau dalam sesetengah dialek Arab lain, mereka sebut:
عن جد؟

د
.
Ayat yang kedua disebutkan oleh ‘Adil Imam dalam dialog ini:

واللَّهِ مَا اَعْرَفْ غَيْرْ مِنَّكْ دِلْوَقْتِي يَابُو حُمَيدْ.

Wallahy ma a’raf gheir minnak delwa’ty yabu humeid.

Terjemahan mengikut perkataan:

“Sumpah, saya tak tahu melainkan daripada kamu tadi wahai Abu Humied.”

.
Soalan:
Kenapa dia kata مَا اَعْرَفْ tanpa ش dihujung? Bukankah biasanya ada tambahan huruf ش dalam ayat yang mengandungi unsur penafian dalam dialek Mesir?

Jawapan:
Huruf ش tidak ditambah dalam ayat nafi sekiranya penafian tersebut berada selepas dua perkataan. Iaitu, frasa sumpah seperti والله. Dan juga perkataan عمري yang bermaksud “Sepanjang hidup saya …”

Semoga bermanfaat!

 

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: