Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Jangan Arabkan perkataan-perkataan ini bila bercakap Arab!
Ditulis pada: 12 Jun, 2022

Ada beberapa perkataan yang tak perlu diarabkan ketika bercakap dalam bahasa Arab.

Contohnya ialah Kata Nama Khas (Arab: اسم العلم) seperti:

1. Nama Orang
2. Nama Tempat
3. Nama Brand

.
Samua perkataan ni, masa tengah cakap dengan Arab, sebut sahaja dengan sebutan asalnya.

Nama Awang tak perlu sebut Awanj atas alasan ejaan Arab dia أونج.

Nama Perak tak perlu sebut Biroq atas alasan ejaan Arab dia بيراق.

Nama Samsung pun tak perlu sebut Samsunj!

Tak ke pelik bunyinya tu… 😂

.
Ingat, Kata Nama Khas yang ada NG, P, NY atau C macam ni tak perlu sebut macam orang Arab. Sebut je macam kita sebut dalam bahasa kita.

Kongsikan Artikel Ini: