Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Ism al-Fa’il pun berfungsi sebagai kata kerja!
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Penggunaan اسم الفاعل dalam dialek Mesir tidak terhad kepada skop kata nama sahaja.

.
Dalam banyak keadaan perkataan-perkataan yg berada dalam bentuk اسم الفاعل memainkan peranan sebagai الفعل المضارع.

Contoh:

أَنَا رَايِحْ الجَامْعَهْ
Saya sedang pergi ke universiti.

Penjelasan: Perkataan رايح adalah اسم الفاعل untuk kata kerja راح. Dalam ayat ini, رايح menggantikan kata kerja ْأَرُوح.

جَايْ إِمْتَى؟
Kamu akan datang bila?

Penjelasan: Perkataan جاي adalah اسم الفاعل untuk kata kerja جِهْ (Sebut: Geh) yang berasal daripada جَاءَ dalam Fusha.

.
Dalam ayat ini, جاي menggantikan kata kerja تِيجِيْ yg mana padanannya dalam Fusha adalah تَجِيءُ.

.
Nota:

Penting untuk diketahui الفعل المضارع dalam bahasa Arab Fusha dan Amiyyah kedua-duanya boleh menunjukkan perbuatan yang ‘sedang’ berlaku dan juga perbuatan yang ‘akan berlaku’ walaupun tidak digandingkan bersama حروف التنفيس seperti السين dan سوف dalam Fusha ataupun هَ di pangkal الفعل المضارع dalam Amiyyah Mesir.

.
Dalam sesetengah keadaan, اسم الفاعل juga memainkan peranan sebagai الفعل الماضي. Namun, dalam kes ini kebiasaannya mesti ada perkataan atau frasa lain yg menjadi petunjuk masa lepas.

.
Contoh:
إنْتَ وَاكِلْ إِيْهْ عَ الصُبْحْ؟
Kamu makan apa pagi tadi?

Dalam ayat ini, frasa عَ الصُبْح menjadi petunjuk yg menunjukkan masa lepas.

Nota:
Perkataan واكل adalah اسم الفاعل untuk kata kerja أكل.

.
Semoga bermanfaat! 😉

 

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: