Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Huruf ما yang digunakan di awal ayat membalas hujjah
Ditulis pada: 5 Sep, 2021

Dalam dialek Mesir, bukan semua ما bermaksud “Apa”. Juga bukan semua ما yang disebut sebelum fi’il itu ialah ما النافية.

Mereka juga menggunakan huruf ما di awal ayat ketika sedang berbalas hujjah, ketika berdebat atau ketika menjawab soalan yang ditanya namun ingin memberi isyarat bahawa dia ‘tertekan’ atau ‘tidak mahu berbicara panjang lagi’ dalam jawapan tersebut.

Sebagai contoh, Ahmad mempersoal kenapa Karim tidak menelefonnya sebaik sahaja keretanya rosak semalam.

Kata Ahmad, “Sepatutnya kau call aku dan aku datang tempat kau semalam!”

كُنْتَ تِكَلِّمْنِي وانَا أجِيلَكْ امْبَارِحْ

Karim yang kepenatan, tak mahu cakap banyak, dia balas, “Dah telefon aku habis bateri, nak call kau macam mana?!”

مَا مُوبَايْلِي فَصَلْ شَحْنْ هَكَلِّمَكْ إزَّيْ؟!

Contoh lain, Ahmad dan Karim sedang beratur di ATM. Di hadapan mereka ialah seorang lelaki yang sedang cuba untuk mengambil wangnya menggunakan mesin ATM. Namun, lelaki itu dapati walletnya tidak berada dalam poket seluar. Lalu dia berkata, “Adoiii, aku tertinggal benda tu (yang dia maksudkan ialah wallet – المحفظة) dalam kereta!”

يَاهْ!! نِسِيتْهَا فِي العَرَبِيَّةْ

Ahmad cakap, “Amende la brader ni. Wallet pun lupa. Habis tu dia duk khayal fikir apa tadi?”

الرَّاجِلْ دَهْ مَا لُهْ؟ أُمَّالْ كَانْ بِيِسْرَحْ فِي إِيهْ؟

Karim yang tak suka kawan baiknya asyik bersangka buruk kat orang pun tegur, “Mungkin pakcik tu kalut sikit tadi, sebab tu dia tertinggal wallet dia kat kereta.”

مَا يُمْكنْ الرَّاجِلْ كَانْ مِسْتَعْجِلْ. عَلَشَانْ كِدَهْ نِسِي مَحْفَظْتُهْ فِي العَرَبِيَّةْ.

.
Lihat bagaimana ما digunakan dalam kedua-dua situasi ini.
Huruf ما digunakan ketika memberi jawapan, menjawab persoalan atau membuat ayat penyata terhadap sesuatu persoalan yang timbul DAN yang disertakan dengan unsur penegasan.

Untuk lebih mudah, saya secara peribadi panggil ما jenis ini sebagai ما yang digunakan ketika membalas hujjah. Mungkin nama ما ini tidak tepat dan akan berubah lagi. Namun, begitulah cara penggunannya.

Kongsikan Artikel Ini: