طَبْ وَبَعْدينْ؟
Baca: Thab wa ba’deyn?
🔰 Ayat ini boleh digunakan apabila seseorang menyata atau menceritakan sesuatu masalah, kemudian kita ingin tahu apakah tindakannya selanjutnya dan apakah yang dia akan lakukan selepas masalah atau alasan yang diberikan.
Contoh, perbualan antara dua orang :
– البَلَّاعَةْ اتْسَدِّتْ
Saluran air dalam tandas tersumbat.
– طَبْ وَبَعْدينْ؟ عَايِزْ أَعْمِلَّكْ إِيهْ؟
Dah tu? Nak aku buat apa untuk kau?
.
.
.
.
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.