Halaman Pembelajaran Program KDMv3 dan Sembang Kencang Dialek Mesir

Sembang Kencang Dialek Mesir

Uncategorized

Course Content

Pelajaran 1 : Berkenalan dalam Dialek Mesir
Pelajari ayat-ayat asas untuk berkenalan dalam dialek Mesir.

  • Tonton Video Pelajaran Berkenalan dalam Dialek Mesir
    05:27

Pelajaran 2 : Gelaran dan Bertanya Khabar
Dalam bab ini anda akan pelajari beberapa panggilan yang boleh digunakan untuk memanggil orang Arab Mesir. Selain itu juga anda akan pelajari cara-cara untuk bertanya khabar dalam dialek Mesir.

Pelajaran 3 : Perbualan Topik Umum
Sudah berkenalan, memanggil dan bertegur sapa? Jom belajar ayat-ayat yang kita boleh gunakan untuk jadikan modal ketika berbual dengan orang Arab Mesir.

Pelajaran 4 : Perbualan Di Atas Teksi
Dalam bab ini anda akan pelajari bermula dari cara menahan teksi, berbincang dan bersetuju tentang harga tambang sebelum naik sehinggalah turun semula ketika sampai ke tempat yang dituju.

Pelajaran 5 : Dialog Atas Bas
Orang ramai? Nak minta laluan? Dah nak turun tapi tak tahu macam mana nak minta baki? Kita akan bedah satu persatu dalam bab ni.

Pelajaran 6 : Naik Microbus (Tremco) Bahagian 1
Microbus pun antara kenderaan awam yang ramai pelajar Melayu di Mesir selalu naik kan? Apa antara ayat-ayat penting dalam bab ini?

Pelajaran 6 : Naik Microbus (Tremco) Bahagian 2
Sambungan perbincangan berkaitan ayat-ayat atas mikrobus!

Pelajaran 7 : Tanya dan Tunjuk Jalan
Dalam bab ini, anda akan pelajari ayat-ayat penting semasa ingin bertanya jalan kepada orang. Selain itu, anda juga akan pelajari bagaimana cara untuk bantu orang bila ada orang Arab Mesir bertanyakan tentang jalan kepada anda. Fuh, power betul kali ni. Siap boleh tunjukkan jalan kat orang Arab Mesir!

Pelajaran 8 : Di Lapangan Terbang (Huraian)
Sebagai seorang pelajar Malaysia di Mesir, sudah tentu kita tak dapat lari daripada berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan lain-lain di lapangan terbang. Dalam bab ini, anda akan pelajari ayat-ayat penting apabila berada di airport bermula dari saat check in sehingga lah ke gate.

Pelajaran 8 : Di Lapangan Terbang (Sebutan Ayat)

Pelajaran 9 : Di Kedai Makan dan Restoran
Dalam bab ini anda akan pelajari ayat-ayat di kedai makan bermula dari bagaimana menyapa pekerja, membuat order makanan, permintaan-permintaan tertentu sehinggalah membuat pembayaran dan aduan berkaitan makanan.

Pelajaran 10 : Di Hospital
Dalam bab ini pula anda akan pelajari ayat-ayat di hospital bermula dari mengesahkan temujanji dengan doktor sehinggalah anda menerima preskripsi ubat. Beberapa dialog diberikan dengan menjadikan kes-kes yang banyak berlaku sebagai tajuk perbualan antara doktor dan pesakit.

Pelajaran 11 : Di Farmasi
Di Mesir, kebanyakan klinik hanya akan memberikan preskripsi kepada pesakit dan pesakit sendirilah yang perlu mencari ubatnya di farmasi berpandukan preskripsi yang diberikan tadi. Dalam pelajaran ini, anda akan pelajari bagaimana untuk meminta ubat-ubat tertentu dan mendapatkan nasihat ahli farmasi berkaitan ubat.

Pelajaran 12 : Di Kedai Gunting

Pelajaran 13 : Membeli Sayur-Sayuran

Pelajaran 14 : Membeli Daging dan Ayam

Pelajaran 15 : Membeli Belah di Mall
Nak lari dari kesibukan bandar Kaherah? Pergilah ke Mall. Dalam pelajaran ini, anda akan pelajari bagaimana untuk bertanyakan tentang sales, diskaun, barang-barang tertentu yang anda sedang cari dan sebagainya.

Pelajaran 16 : Dobi dan Pakaian
Selain ayat-ayat berkaitan menghantar baju ke dobi, anda juga akan pelajari ayat-ayat ketika ingin meminta tukang jahit untuk alter pakaian mengikut cita rasa anda.

Pelajaran 17 : Berbual-bual dengan al-Bawwab
Tinggal di Mesir pasti kenal siapa al-Bawwab kan? Sebenarnya apa tugas mereka? Macam mana nak komunikasi dengan mereka dan minta tolong dengan mereka ketika perlu?

Pelajaran 18 : Urusan-urusan Rasmi Di Pejabat
Dalam pelajaran ini anda akan didedahkan dengan ayat-ayat yang sopan untuk digunakan ketika melakukan urusan sama ada di pejabat kerajaan Mesir sendiri atau di pejabat universiti dan lain-lain.

Pelajaran 19 : Berurusan Dengan Pihak Polis
Seboleh-bolehnya kita tidak mahu ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Namun, sebagai persediaan dan untuk menambah perbendaharaan kata kita dalam dialek Mesir, elok juga jika kita pelajari ayat-ayat yang berkaitan ketika berurusan dengan polis. Dalam bab ini anda akan pelajari ayat-ayat dalam situasi seperti kecurian, rompakan, disaman polis dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Pelajaran 20 : Keadaan Sukar dan Gangguan
Dalam bab ini anda akan pelajari tentang: 1. Orang memotong barisan. 2. Gangguan seksual. 3. Masalah di kedai makan. 4. Penjual keras kepala. 5. Penjual kelentong harga. 6. Driver teksi penipu. 7. dan lain.