Halaman Pembelajaran Program KDMv3 dan Sembang Kencang Dialek Mesir

Kit Dialek Mesir v3

Uncategorized
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Kaedah pantas menguasai dialek Mesir.

What Will You Learn?

  • Faham Kaedah-Kaedah (Qawaid) Penting Dalam Dialek Mesir
  • Kuasai 210 Kata Kerja Asas Dalam Dialek Mesir
  • Ketahui Teknik Berkesan Belajar Sendiri Dialek Mesir

Course Content

Bab 1 – Huruf Dalam Dialek Mesir
Dalam Bab 1, anda akan pelajari berkaitan perbezaan sebutan huruf antara Bahasa Arab Fusha dan dialek Mesir. Apa yang penting dalam bab ini ialah LATIHAN SEBUTAN. Berikan lebih penekanan terhadap huruf-huruf yang disebut secara berbeza dalam dialek Mesir.

  • Tonton Video Pelajaran
    06:43
  • [KUIZ] Huruf Dalam Dialek Mesir
  • [Tugasan] Assignments

Bab 2 – Kata Ganti Nama Diri
Bab ini, anda akan pelajari berkaitan al-Dhamair dalam dialek Mesir. Kenapa kita kena pelajari bab ini? Supaya kita dapat tahu SEBUTAN yang tepat bagi setiap al-dhamair apabila bersambung dengan harf, isim atau fi’il. Topik ini penting dan anda tidak akan dapati perkara ini dalam mana-mana kursus dialek Mesir lain setakat pengetahuan saya.

Bab 3 – Kata Tunjuk
Dalam bab ini anda akan pelajari macam mana cara nak tunjuk kepada sesuatu dalam dialek Mesir?

Bab 4 – Pertanyaan dalam Dialek Mesir
Dalam bab ini pula anda akan pelajari apakah kata bantu yang digunakan untuk buat ayat pertanyaan dalam dialek Mesir dan beberapa kaedah penting yang berkaitan.

Bab 5 – Kata Kerja dalam Dialek Mesir
Bab 5 merupakan bab yang paling panjang dan boleh dikatakan paling penting. Ini kerana ianya berkaitan kata kerja. Fokus utama dalam bab ini juga ialah berkaitan sebutan dan kefahaman. Jika tak mampu untuk habiskan tajuk ini dalam masa sehari, anda boleh bahagikan kepada 3 hari.

Bab 6 – Penafian dalam Dialek Mesir
Bab ini ada kaitan dengan bab 5 sebelum ini. Dia berkait dengan kata kerja. Secara ringkasnya dalam bab ini, kita akan belajar macam mana nak nafikan sesuatu perbuatan? Maksudnya, kalau orang kata sesuatu benda tu berlaku, macam mana kita nak cakap yang benda tu tak berlaku pun sebenarnya? Kita akan belajar dalam bab ni macam mana untuk nafikan sesuatu perbuatan atau kejadian.

Bab 7 – Larangan dalam Dialek Mesir
Bab ni pun ada kaitan dengan kata kerja juga. Kita akan belajar dalam bab ni, macam mana untuk larang orang. Tadi kita belajar macam mana nak nafikan sesuatu perbuatan kan? Haa sekarang kita nak belajar pula macam mana nak larang sesuatu perbuatan tu daripada dilakukan

Bab 8 – Kata Hubung Relatif
Dalam bab ini pula kita akan belajar tentang macam mana nak buat ayat yang guna perkataan ‘yang’ dalam dialek Mesir. Yang ni kalau istilah bukunya dia panggil Kata Hubung Relatif. Kita kena belajar bab ni sebab kita banyak guna perkataan 'yang' ni dalam kehidupan seharian kita. Betul tak? Dalam bab ni kita akan sentuh dari sudut maksud, penggunaan, sebutan dan lain-lain.

Bab 9 – al-Muthanna dan al-Jam’
Kita akan belajar berkaitan al-Muthanna dan al-Jam’ dalam dialek Mesir. Macam mana nak guna dalam ayat, macam mana kaedahnya, perbezaannya dengan bahasa Arab Fusha dan macam mana sebutannya.

Bab 10 – Kata Adjektif
Kita akan belajar berkaitan macam mana nak cakap tentang sifat yang ada pada sesuatu benda dalam dialek Mesir.

Bab 11 – al-Idhafah
Tajuk modul ini ialah al-Idhafah. Namun, apa yang kita akan belajar bukanlah dari sudut i'rab dan sebagainya macam dalam Nahu Bahasa Arab Fusha. Kita cuma akan belajar macam mana nak SEBUT perkataan yang berada dalam susunan al-Idhafah. Kita belajar sebutan saja.

Bab 12 – Ism al-Tafdhil
Ism al-Tafdhil. Mungkin kita dah tahu yang ism al-Tafhdhil ialah perkataan yang berada atas wazan أفعل. Tapi dalam bab ni, kita tak akan bincang yang itu sahaja. Apa yang akan kita pelajari ialah macam mana nak bina ayat perbandingan dengan cara yang mudah dalam dialek Mesir? Jangan anggap bab ni susah. Kalau sebelum ni pernah rasa susah bila belajar bab ni, kosongkan minda dan belajar semula dari kosong dalam bab ni. Sebenarnya, dalam bahasa Arab Fusha juga menggunakan kaedah yang sama untuk bina ayat perbandingan. Tapi dalam bab ni kita akan simplify lagi bagi senang ingat dan faham!

Bab 13 – Pemilikan Menggunakan البتاع
Pernah dengar perkataan بتاع? Dalam bab ni kita akan bincang secara detail berkaitan perkataan ni. Kita akan tengok satu persatu apa maksud dan macam mana penggunaannya.

Bab 14 – al-Zharf
Kita akan belajar berkaitan al-Zharf pula. Pernah dengar kan? Kalau tak pernah, secara ringkasnya saya cakap, al-Zharf ni kita akan cerita tentang dua benda. Iaitu macam mana nak cerita tentang masa dan kedudukan(tempat) sesuatu. Tonton video untuk belajar lebih lanjut.

Bab 15 – Nombor dan Bilangan
Dalam hidup kita, pasti tak dapat lari daripada membilang. Betul tak? Haa, dalam bab ni kita akan belajar berkaitan nombor dan bilangan dalam dialek Mesir. Jangan takut, perbincangan kita taklah sedetail macam Bahasa Arab Fusha. Kita akan sentuh kaedah yang penting sahaja kemudian kita akan fokus kepada cara sebutan yang betul untuk nombor-nombor.

Bab 16 – Masa, Hari dan Tarikh
Dalam bab ni, kita akan belajar macam mana nak sebut pukul berapa, hari apa, dan berapa hari bulan hari ni. Percaya tak, banyak perkara dalam bab ni sama dengan bahasa Melayu kita? Tonton Sekarang!

Bab 17 – Gelaran dan Panggilan
Nak panggil orang, tak boleh sembarangan. Nanti orang ingat kita nak cari pasal pulak 😂. Betul tak? Haa, dalam bab ni kita belajar macam mana nak panggil orang dengan cara yang betul dan sesuai dengan keadaannya.

Bab 18 – Warna
Warna antara benda yang sentiasa ada dalam hidup kita. Dalam bab ni, kita akan pelajari nama bagi warna-warna yang kita selalu jumpa dan macam mana cara menyebutnya.

Bab 19 – Ism al-Dal’
Kalau orang Melayu, yang nama Ahmad dia panggil Mat je kadang-kadang, betul tak? Dalam dialek Mesir boleh ke pendekkan nama orang macam tu? Atau ada caranya yang tersendiri untuk ringkaskan nama orang? Tonton video ni kalau nak tahu.

Modul-Modul Tambahan [PDF]
Nota PDF untuk modul-modul tambahan.