Pernah dengar? Anda juga boleh pelajari dialek Mesir secara lebih efektif melalui movie dan drama. Baca lagi di sini.

Bagaimana menyebut nombor perpuluhan dalam dialek Mesir?
Ditulis pada: 5 Mar, 2019

Nombor perpuluhan dalam bahasa Arab ialah العدد العشري. Nombor biasa pula dinamakan sebagai العدد الصحيح.

Baiklah. Sebelum mempelajari cara untuk menyebut nombor perpuluhan, sebaik-baiknya kita menguasai terlebih dahulu cara untuk menyebut nombor-nombor biasa (nombor yang tidak mempunyai perpuluhan).

Dalam tulisan ini, saya akan menganggap pembaca telah menguasai cara membaca atau menyebut nombor yang tidak mempunyai nombor perpuluhan.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk menyebut nombor perpuluhan. Namun dalam entri ini hanya dua cara yang akan dikongsikan. Yang senang dan juga yang agak sukar. Namun kedua-duanya penting untuk difahami dengan baik. Kita mulakan dengan yang susah dulu boleh? Hehe.

Cara Satu 

Jom kita mulakan!
Anggap nombor berikut sebagai contoh:

27.85

Cara menyebutnya:


1- Sebut nombor biasa sehingga habis. Dalam contoh ini ialah 27. Maka sebutannya ialah:

سبعة وعشرين

2- Titik perpuluhan diganti dengan lafaz وَ.

3- Sebutkan nombor perpuluhan pula sehingga habis. Dalam contoh ini ialah 85. Maka sebutannya ialah:

خمسة وتمانين


4- Sebutkan مِنْ yang bermaksud ‘per’.


5- Sebutkan nilai tempat perpuluhan, sama ada, per sepuluh, per seratus, per seribu dan seterusnya. Dalam contoh ini, nilai tempatnya ialah per seratus iaitu مائة. Baca: Meyya

Nota: Biasanya saya akan ingat macam ni saja. Kita tengok ada berapa nombor selepas titik perpuluhan. Jika ada satu nombor selepas titik perpuluhan saya akan sebut من عشرة. Jika ada dua nombor, saya akan sebut من مية. Manakala jika ada tiga nombor selepas titik perpuluhan saya akan sebut من ألف.  Begitulah seterusnya… (Rujuk gambar di atas untuk lebih faham)

Jadi berbalik kepada contoh kita tadi. Jika kita sebutkan semuanya secara sempurna ianya akan berbunyi:


سبعة وعشرين وخمسة وتمانين من ماية

Baca: Sab’ah wa ‘ishreen wa khamsa wa tamanin min meyya.

 

Cara Dua

Cara ini lebih mudah. Masih menggunakan contoh yang sama, iaitu:

27.85

  1. Sebut nombor biasa. Dalam contoh ini, سبعة وعشرين.
  2. Sebutkan titik perpuluhan. Dalam bahasa Arab dinamakan sebagai فاصل.
  3. Sebutkan nombor satu persatu. Dalam contoh ini, تمانية خمسة. 

Senang saja bukan? Share tulisan ini dengan rakan-rakan anda juga yaa. 

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: