Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Bagaimana membina fi’il mabni lil majhul dalam dialek Mesir?
Ditulis pada: 23 Jul, 2021

Sebelum kita pelajari tentang fi’il mabni lil majhul dalam dialek Mesir, satu perkara yang mesti kita fahami dengan baik terlebih dahulu, iaitu:

Apa itu fi’il mabni lil majhul?

Secara ringkas kita boleh kata, dia ialah satu bentuk kata kerja, yg digunakan untuk menyembunyikan siapakah yang melakukan perbuatan tersebut.

Tak berapa faham?

Tengok contoh ayat biasa:

Ali buka pintu.

Mabni lil majhul:

Pintu dibuka / pintu terbuka.

.
Dalam ayat kedua ni, kita tahu yang kejadian pintu terbuka tu berlaku. Tapi kita tak tahu(tak dinyatakan dalam ayat) siapakah yang buat perbuatan ‘buka’ tu. Betul?

Inilah yang dimaksudkan dengan fi’il mabni lil majhul.

Iaitu satu bentuk kata kerja yang digunakan dalam ayat yang tidak menyatakan siapakah yang melakukan sesuatu perbuatan.

.
Faham yang ni, kita pergi kepada perbincangan;

Macam mana nak buat mabni lil majhul dalam dialek Mesir?

Dalam dialek Mesir, fi’il mabni lil majhul diletakkan atas wazan:

اِتْفَعَلْ

(Perhatikan betul-betul, huruf ta dahulu sebelum fa’ fi’il. Bukan افْتَعَلَ)

Contoh, kata kerja ‘buka’ dalam dialek Mesir ialah فتح.

Macam mana nak cakap ‘terbuka’ atau’ dibuka’ ?

Letakkan dia atas wazan اتفعل.

Jadilah: اتْفَتَحْ

Boleh?

Kalau faham yang ni, cuba jawab soalan di bawah:

KUIZ

‘Tutup’ dalam dialek Mesir ialah قَفَلْ.

Macam mana nak cakap ‘ditutup’ atau ‘tertutup’?

Klu : Gunakan bentuk fi’il mabni lil majhul. Perhatikan bentuknya betul-betul dulu sebelum jawab.

Tulis jawapan di ruangan komen di bawah 👇🏻

Kongsikan Artikel Ini: