Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Apa maksud perkataan بتاع?
Ditulis pada: 7 Feb, 2019

Antara perkataan yang sangat kerap didengari di Mesir adalah بتاع.

Tapi apakah maksudnya? Bagaimanakah menggunakannya?

Berikut antara maksud dan contoh perkataan ini dalam beberapa konteks yang berbeza;

1- Untuk menunjukkan pemilikan (possessives). Ada muzakkar dan muannasnya.
Contoh:

Telefon ini milik saya.
التلفون ده بتاعي.
Beg ini milik saya.
الشنطه دي بتاعتي.

2- Membawa maksud ‘yang’. Kalau dalam dialek Kelantan mungkin perkataan sesuai adalah ‘hok’ dengan maksud ‘yang’ juga. Contohnya, suatu ketika kita terjumpa seorang Arab lalu dia menegur kita dan bertanya,

Masih ingat saya?
لسه فاكرني؟

Ohhh, kamu ‘yang’ kat kedai sobia tu kan?
ااااه انت، بتاع صابيا صح؟
Dalam dialek Kelantan:
Ohhhh, mung. Hok di sobia tu dih?

*Perhatikan kedudukan perkataan ‘yang’ atau ‘hok’ dan cara menggunakannya.

3- Bermaksud, ‘dan lain-lain.’

Contohnya, suatu ketika kita pulang dari kedai makan yang baru buka berhampiran rumah. Di rumah, kawan kita tanya, makanan apa je yang ada kat sana? Kita pun jawab,

Ada kuftah, ayam panggang, syawarma dan lain-lain.
فيه كفته وفراخ مشوي وشاورما والبتاع.

4- Kadang-kadang kita sebut perkataan بتاع ni bila malas nak sebut nama asal bagi sesuatu objek. Dalam konteks ini terjemahan yg mungkin kita boleh katakan paling dekat dengan maknanya adalah, ‘benda’. Contoh:

Bagi kat dia benda ni.
ادي له البتاع ده.

atau mungkin apabila kita tak tahu nama sesuatu benda dalam dialek Mesir dan ingin bertanya benda tu nama apa dalam dialek Mesir, selain daripada الحاجه دي اسمها ايه kita juga boleh katakan:

البتاع ده اسمه ايه؟

5- Menjadi perantara di antara mudhaf dan mudhaf ilaih. Contoh:

Siapakah owner kedai ini?
مين الأونر بتاع المحل؟

Perkataan الأونر di sini bermaksud الصاحب yang mana sekiranya dia menjadi mudhaf kepada المحل mesti dibuang أل di awal perkataannya. Menjadikannya صاحب المحل. Namun, kehadiran perkataan بتاع di tengah tengah antara mudhaf dan mudhaf ilahi menyebabkan kehadiran semula أل tersebut.

Hakikatnya, point nombor 1 juga termasuk dalam point ini. Buktinya, jika kita lihat susunan perkataan seperti الكتاب بتاعي asalnya adalah كتابي dalam fusha. Dari sudut i’rabnya, perkataan كتاب adalah mudhaf dan ياء المتكلم adalah mudhaf ilaih. Tapi, kehadiran perkataan بتاع di tengah tengah antara mudhaf dan mudhaf ilaih di sini menyebabkan munculnya أل pada الكتاب dan ياء المتكلم pula bersambung dengan perkataan بتاع.

Ini sebahagian maksud dan penggunaannya yang mungkin kita akan kerap jumpa dalam perbualan harian rakyat Mesir setakat yang saya sempat dengar dan tanyakan kepada beberapa rakyat Mesir sendiri.

Selamat berbitaa’! 

Kongsikan Artikel Ini: