Pernah dengar? Anda juga boleh pelajari dialek Mesir secara lebih efektif melalui movie dan drama. Baca lagi di sini.

Apa maksud perkataan بَقَالِي dalam dialek Mesir?
Ditulis pada: 23 Jul, 2021

Kebanyakan kita yang pernah berada di Mesir pasti pernah dengar perkataan بقا لي (sebut: ba aa lii).

Tapi apa maksud dia?

.
Maksud dia ialah, “tempoh masa yang dilalui oleh seseorang.”

.
Jadi ada dua perkara yang penting dalam ayat yang ada perkataan بَقَا لِي ni.

1. Tempoh masa.
2. Orang yang lalui tempoh masa tu.

.
Berapakah tempoh masa tu?

Siapakah orang tu?

.
Kedua-dua persoalan ni akan terjawab bila kita tengok contoh ni.

Contoh:

أنا بَقَا لِي سَاعَةْ هِنَا.

“Saya sudah 1 jam di sini.”

.
Dalam ayat ni, perkataan ساعة tu kita faham lah. Bawak maksud 1 jam.

Tapi kat mana saya tu?

Saya tu ada dekat dhamir yang bersambung dengan بقا ل tu.

Mana?

Tengok balik:

أنا بَقَا لِي

Lepas laam tu ada ya al-mutakallim yang merujuk kepada ‘saya’. Dan ‘saya’ lah yang telah lalui masa satu jam tadi tu.

.
Boleh faham?

Jadi.. Bila kita faham yang ni. Kita dapat tahu juga bahawa dhamir selepas huruf laam tu boleh berubah!

Kenapa berubah?

Kita boleh ubah dhamir tu untuk menunjukkan orang lain yang lalui masa tu tadi.

.
Contohnya kita nak cakap:

“Dia (P) telah sejam di sini.”

Kita cakap:

هِيّ بَقَا لَهَا سَاعَةْ هِنَا!

Tengok pada dhamir yang ada lepas laam tu.

Dhamir apa?

Dhamir ـها yang merujuk kepada هي.

Jadi dari sini kita faham, bahasa orang yang lalui masa tu ialah dia (P).

Kita boleh juga cakap:

بَقَالُهْ
بَقَالْهُمْ
بَقَالكْ

Dan lain-lain.

Baik, persoalan kedua.

Macam mana nak ubah tempoh masa tu?

Kita taknak cakap 1 jam. Kita nak cakap:

Kami dah seminggu di sini.

1. Baik, mula-mula kita cari dhamir kami dulu.

Kami: اِحْنَا.

2. Sambung dhamir tersebut dengan huruf lam selepas بقا. Dia jadi: بَقَالْنَا.

3. Last sekali, seminggu. Macam mana nak cakap seminggu dalam dialek Mesir?

Seminggu ialah إِسْبُوعْ.

Jadilah ayat ni:

احنا بَقَالْنَا إِسْبُوعْ هِنَا.

Paling penting kita ingat dua perkara:

1. Siapakah yang lalui masa tersebut?

2. Berapakah tempoh masa yang dilalui?