Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Antara persamaan bahasa Arab Fusha dan dialek Mesir
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Dalam bahasa Arab Fusha, kaedah yang dinyatakan oleh para ulama Nahu adalah isim zahir tidak elok (walaupun harus dan dibolehkan) untuk di atafkan kepada dhamir mustatir marfu’ tanpa sebarang pemisah.

Sebagaimana dalam Firman Allah:

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ

Perkataan زوجك tidak di’atafkan terus kepada dhamir mustatir yang ada pada fi’il اسكن. Akan tetapi dihadirkan dhamir bariz أنت sebagai pemisah supaya isim zahir زوجك dapat di’atafkan.

Dalam ayat biasa, kita katakan:

اذهبْ أنت وصديقك.

Jarang ditemui:
اذهبْ وصديقك.

Kaedah ini juga masih ada digunakan dalam Dialek Mesir dan dialek-dialek Arab yang lain.

Sebagai contoh, kita boleh katakan:

انزلْ أنت وأبوك دَوَّرُوا عَلى أخوك لحسن يتوه ولا حاجه.

“Kamu pergi turun dengan ayah kamu, cari adik kamu. Entah-entah sesat ke apa.”

Kesan daripada kaedah dalam bahasa Arab Fusha tadi, kita hampir tidak akan temui orang Arab tberkata,
انزلْ وأبوك …

Tanpa menghadirkan dhamir bariz selepas kata kerja ْانزل sebagai pemisah.

Walaupun dibolehkan untuk ‘athaf isim zahir kepada dhamir mustatir marfu’, tetapi penggunaan tersebut dianggap sebagai tidak elok (غير المستحسن) oleh kebanyakan ulama Nahu.

Rujuk, Awdah al-Masalik, Al-Nahw al-Wafi.

Sebenarnya masih banyak kaedah dalam bahasa Arab Fusha yang digunakan dalam loghat ataupun dialek Arab.

Orang yang paling banyak mendapat manfaat dan ‘cepat tangkap’ ketika mempelajari dialek-dialek Arab adalah mereka yang memberi penekanan kepada bahasa Arab Fusha kerana mereka dapat membuat perkaitan apa yang dipelajari dalam bahasa Arab Fusha dengan dialek.

Jadi, sebagai bukan Arab, kalau nak betul-betul belajar apa-apa dialek Arab, jangan tinggal bahasa Arab Fusha. 😊.

.

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: