Antara cara untuk kita biasakan diri dengan dialek Mesir adalah banyak follow page FB yg menggunakan dialek Arab Mesir kemudian membaca status-status yg ditulis.
.
Hari ini, jom kita ‘bedah’ status ini!
.
مُمْكِنْ:
Bermaksud, ‘bolehkah’. Dalam beberapa keadaan ianya juga hadir dengan maksud ‘boleh jadi’.
تُقُولِّي:
Merupakan gabungngan daripada dua perkara, iaitu تقول dan juga لي. Bermaksud, beritahu kepada saya.
Huruf ق ini disebut sebagai hamzah (أ) .
Sebutannya: tu’ulli.
حَاجَهْ: Sesuatu
تِشَجِّعْنِي:
Kamu beri semangat kepada diri saya
بِيهَا:
Dengannya. Nya di sini merujuk kepada حاجه tersebut.
Manakala بي tersebut adalah harf jar. Dalam bahasa Arab Fusha kita katakan بِ sahaja tanpa harf الياء kan? 😊
إني: supaya saya
أَوَسَّعْ لِبْسِي:
Melonggarkan pakaian saya.
Jawapan:
تذكري: Ingatlah
ضيق القبر :Kesempitan kubur
.
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.