Antara perkataan yg kerap digunakan untuk mengucapkan, ‘macam biasa/macam selalu’, adalah زي كل مره atau كالعاده.
Nak guna frasa ni dalam ayat kita, senang saja. Letak frasa ini sebelum atau selepas ayat kita.
🎈Contohnya:
وكالعادة، بِيِكُونْ قَلِيلِ الكلام أَوِّلْمَا يِصْحَي مِن النوم.
Macam biasa, dia jadi tak banyak cakap masa mula-mula bangun tidur.
زي كل مره، بِيِلْحَقْ المُحاضَرَهْ فِي الآخر.
Macam biasa, dia sempat masuk kelas last minute.
💡Faedah Tambahan:
Makna literal untuk frasa زي كل مره adalah:
زي = seperti
كل = setiap
مرة = kali
Haa, dapat sesuatu?
.
Kongsikan maklumat ni dengan kawan-kawan anda. 😊
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.