Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Pergi dari sini! – اتَّكِلْ عَلَى الله
Ditulis pada: 9 Feb, 2019

Sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke Mesir pasti tahu..

Pasti pernah lihat pergaduhan yang berlaku di tepi jalan raya, di kedai-kedai. Biasanya pergaduhan ini tidak meleret. Hanya sekadar bergaduh mulut dan paling jauh tolak-menolak sahaja.

Dalam keadaan ini, kita akan dengar ada orang kata,
يَلَّا،، اِتّكِلْ عَ الله!

Sekali dengar, kita akan faham bahawa penutur menyuruh kita bertawakkal kepada Allah. Tapi sebenarnya, ada maksud lain yang ingin disampaikan. Iaitu, “Dah! Pergi dari sini.”

Ya, frasa اتكل على الله sangat kerap digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membawa maksud “pergi/bertolak dari sesuatu tempat”.

Contoh penggunaan lain, ketika waktu pagi sebelum pergi ke sekolah, universiti atau tempat kerja. Kita boleh katakan sebelum pergi meninggalkan rumah,

يَلَا اَقُومْ انا اَتَّكِلْ عَلَى اللّه؟
Baca: Yalla a’uum, ana attakil ‘alaLlah? (dengan intonasi bertanya meminta izin)

Terjemahan literal: Jom, saya bangun bertawakkal kepada Allah dulu?

Maksudnya: Jom, saya minta diri dulu ya?

Kesimpulan, اتكل على الله boleh digunakan dalam konteks yang sopan seperti meminta diri atau dalam konteks yg kurang sopan seperti menghalau. Yang penting maksudnya pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Okey dah, siapa nak cuba terjemah ayat dalam gambar ni? Hehe.

Join channel t.me/DialekMesir untuk dapatkan lebih banyak perkongsian tentang Dialek Mesir!

.

Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:

1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.

2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.

Kongsikan Artikel Ini: