Antara kaedah dalam dialek mesir, sebagai mana diketahui sebelum ini, huruf ش ditambah selepas sesuatu fi’il yang dinafikan. Contoh:
أنا مَا اكَلْتِشْ
Saya tak makan.
Tapi ada dua keadaan yang tidak ditambah huruf ش:
1- Selepas frasa sumpah (Arab: القسم). Contoh:
والله مَااكَلْتْ
Sumpah, saya tak makan.
- Selepas perkataan ‘عمري’ yang bermaksud ‘seumur hidup saya’. Contoh:
انا عمري مَااهْتَمَّيْتْ بِالكُورَهْ.
“Seumur hidup saya, saya tak pernah ambil kisah tentang bola sepak.”
.
Ingin pelajari dialek Mesir dengan lebih mendalam? Sertai kursus-kursus online kami yang sesuai dengan anda:
1- Jika anda ingin pelajari dialek Mesir dari asas sehingga peringkat advance, sertai Kit Dialek Mesir v2.
2- Jika anda ingin fokus kepada memahami dialog-dialog di pelbagai situasi penting, sertai Sembang Kencang Dialek Mesir.