Memahami Dialek Mesir
PARA MASYAIKH
(Telegram + Facebook)
Jangan biarkan ‘ammiyyah Mesir’ menjadi penghalang untuk kita memahami apa yang ingin disampaikan para masyaikh dan pensyarah Mesir.
Program ini mensasarkan agar dapat membekalkan para peserta dengan kelengkapan secukupnya untuk memahami dialek Mesir yang dituturkan oleh para pensyarah al-Azhar, masyaikh dan ulama Mesir.
Sesuai untuk semua yang sudah mempunyai asas bahasa Arab Fusha.
Daftar dan hapuskan penghalang ini sekarang!
Apa Yang Akan Dipelajari Nanti?
⚡️ Modul Pertama: Asas Tatabahasa Dialek Mesir
Saya faham kita tak suka meleret-leret. Dalam modul ni saya huraikan straight to the point kunci-kunci penting aturan bahasa / grammar dialek Mesir. Semuanya dalam video-video pendek. Boleh tengok bila-bila masa free sambil terus hafal.
⚡️ Modul Kedua: Cheatsheet Perkataan Kerap Berulang Dalam Dialek Mesir
Selain aspek tatabahasa, antara faktor utama kita kurang faham dialek Mesir ialah sebab banyak perkataan dalam dialek Mesir yang tidak digunakan dalam bahasa Arab Fusha.
Modul ini menggunakan Google Sheet yang menghimpunkan vocab-vocab ammiyyah Mesir yang penting mencakupi kata kerja dan kata nama yang kerap digunakan dalam durus dan muhadaraat para masyaikh.
File ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
⚡️ Modul Ketiga: Analisis Video Masyaikh
Bersedia untuk belajar lebih detail dan terperinci? Buka modul ketiga ini!
Modul ini dalam format video yang agak panjang. Saya akan pilih video ceramah untuk kita sama-sama tonton dari awal sampai habis sambil kita teliti dan analisis kaedah-kaedah dialek Mesir yang digunakan.
⚡️ Modul Keempat: Snippet Petikan Pendek dari Video Ceramah Masyaikh
Tak sempat nak tengok video panjang?
Jangan risau. Tonton saja video petikan pendek daripada ceramah masyaikh ini.
Setiap masyaikh ada ayat-ayat mereka sendiri yang mereka suka ulang.
Contohnya, Syeikh Muhammad Abu Musa suka ulang ayat واخد بالك ازي?
Syeikh-syeikh lain pula, ada cara mereka masing-masing.
Ada cara sebutan masing-masing.
Ada ketika yang lain pula, masyaikh sebut ayat-ayat best dalam dialek Mesir.
Jadi kita nak kenal cara setiap masyaikh, ayat yang mereka suka sebut, laras bahasa mereka, pemilihan perkataan mereka dan lain-lain.
Maka modul ni kita buat dalam bentuk video-video pendek supaya kita dapat fokus kepada satu point sahaja dalam satu video dan peserta dapat belajar walaupun dalam kesibukan.
Kelebihan Program
Telegram
Ini ialah platform utama pembelajaran. Semua konten akan dimuatkan di Telegram supaya peserta dapat melihat bahan pelajaran dalam bentuk yang tersusun rapi menggunakan fungsi ‘Topic‘ yang tersedia dalam Telegram.
Facebook Group Khas
Supaya tak ada peserta yang terlepas program dan konten terkini, semua konten di Telegram juga akan dimuatkan Facebook Group. Sambil scroll media sosial, akan jumpa konten khas untuk peserta program.
Ini juga akan mudahkan interaksi antara peserta dan jurulatih dan wujudkan komuniti pelajar dialek Mesir yang bersemangat.
Konten Dalam Bentuk Rakaman
Semua konten diadakan dalam bentuk rakaman. Tak perlu risau tentang ‘terlepas kelas’ lagi.
Tidak menganggu waktu kelas lain mahupun waktu peperiksaan.
Semua orang sempat belajar.
Penerangan Dengan Bahasa Melayu Yang Mudah Difahami
Semua bahan pembelajaran menggunakan bahasa Melayu dan straight to the point tanpa sebarang istilah yang sukar.
Belajar Dari Mana Sahaja
Tak perlu risau ganggu masa study. Belajar dialek Mesir sambil scroll Facebook. Sambil buka Telegram. Di mana sahaja anda berada. Jika tengah sibuk, boleh pilih konten snippet untuk belajar. Jika sudah bersedia untuk fokus, boleh tonton video huraian panjang.
Konten Yang Sentiasa Dikemaskini
Bahan pelajaran sentiasa dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini dan feedback daripada peserta.
🎁 Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memperolehi…
FAST-ACTION BONUS #1!
Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir
Khas untuk seorang peserta terpantas mendaftar sahaja! Anda layak mendapatkan Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir – Terbitan Imam al-Syafie Indonesia (10 Jilid) secara percuma bernilai RM600!
🎁 Peserta kedua terpantas akan mendapat…
FAST ACTION BONUS #2
Garis Masa Hayat al-Rasul ﷺ
🎁 Manakala semua peserta akan mendapat…
BONUS UTAMA
Bimbingan Melalui Telegram (3 bulan)
Semua peserta berpeluang untuk mendapatkan bonus utama yang berupa group bimbingan melalui aplikasi Telegram untuk soal jawab apa sahaja berkaitan dialek Arab Mesir selama sepanjang 3 bulan program.
PENTING:
✅ Program ini sesuai untuk peserta yang telah mempunyai asas bahasa Arab.
✅ Konten tidak akan diberikan semuanya sekaligus. Peserta akan mendapat konten dari semasa ke semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini supaya kami dapat menyusun bahan pelajaran mengikut kesesuaian masa dan tahap peserta.
✅ Peserta akan menerima emel dan WhatsApp secara automatik selepas pembayaran berjaya. Sila cek emel dan WhatsApp untuk dapatkan akses ke Group Telegram dan Facebook.
✅ Pembelajaran akan bermula pada 11 Mei 2024 dan tamat pada 11 Ogos 2024. Pembelajaran santai dan tidak mengganggu subjek peperiksaan. Cukup 15 – 30 minit sehari. insyaAllah.
Disclaimer: Para masyaikh tidak terlibat secara langsung dalam program ini. Semua bahan pelajaran yang digunakan ialah rakaman video yang telah sedia ada di internet.
Promosi Hari Ini: Yuran sekali sahaja seumur hidup.
AKSES PENUH KEPADA SEMUA KONTEN TERKINI DAN APA-APA UPDATE DI MASA AKAN DATANG
Harga asal ialah
RM150 untuk 3 bulan.
Tetapi untuk hari ini,
hanya…
RM80 sahaja
✅ Yuran sekali bayar untuk 3 bulan. Tiada yuran bulanan. Sekali sahaja seumur hidup.
✅ Modul Aturan Asas Dialek Mesir.
✅ Modul Cheatsheet Kata Kerja dan Kata Nama.
✅ Modul Analisis Ceramah Dialek Mesir.
✅ Modul Snippet Video Masyaikh Mesir.
🎁 Fast Action Bonus #1 Terjemahan Tafsir Ibn Katsir
🎁 Fast Action Bonus #2 Garis Masa Hayat al-Rasul
🎁 Bonus Support Group Orang Mesir
*Promosi selama 4 jam ini sahaja. Selepas ini harga akan kembali seperti biasa.
**Memahami lifetime-access: Lifetime-access bermaksud selagi mana akademi pengajian ini masih wujud dan menawarkan kursus ini. Jika akademi pengajian ini sudah tidak lagi wujud, bermakna jangka hayat kursus ini juga sudah tamat.
Daftar Sekarang
PENTING: Pastikan alamat emel dan nombor HP (WhatsApp) anda tepat. Maklumat akses ke group akan diberikan melalui emel dan WhatsApp secara automatik.
- Untuk lakukan pembayaran menggunakan mana-mana bank Malaysia, sila pilih pembayaran menggunakan toyyibPay.
- Untuk gunakan kad debit atau kredit daripada mana-mana negara seluruh dunia, sila pilih pembayaran menggunakan Stripe.
- Untuk transfer secara manual daripada akaun bank Singapura, Brunei dan Indonesia, sila klik sini untuk hubungi kami melalui WhatsApp.
🔥 Pendaftaran dibuka selama 4 jam sahaja. Dicadangkan untuk tak tangguh pendaftaran supaya tak terlepas pendaftaran.
Akan Ditutup Dalam Masa...
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)
Get In Touch
Ada Persoalan❓
WhatsApp kami melalui link berikut👇🏻
Siapakah Penyampai Program Ini?
Saya Khalif Rizal.
Bertugas sebagai Jurulatih Bahasa Arab Fusha di Aljahiz.my dan juga Pengasas Akademi Dialek Mesir.
Sejak saya mula belajar dialek Mesir pada awal 2015, saya tidak pernah tinggalkan walaupun sehari pelajaran tentang dialek Mesir. Sehinggalah الحمدلله saya bergraduasi daripada Kuliah Bahasa Arab di Univerisiti Al-Azhar, Kaherah pada 2023. Kini, disamping memberikan fokus utama untuk berkongsi, saya masih lagi terus belajar.
Selain bahasa Arab Fusha, dialek Mesir merupakan antara perhatian dan minat utama saya. Sejak 2018, saya aktif berkongsi tentang bahasa Arab di Facebook, Instagram dan Telegram.
Kemudian akhir 2020 baru-baru ini, saya baru menceburi TikTok.