Tahukah anda? Anda boleh belajar dialek Mesir dengan cara yang menarik dan berkesan melalui movie? Klik di sini.

Bila perlu tambah huruf بِ di awal fi’il dalam dialek Mesir?
Ditulis pada: 31 Aug, 2021

Bila kita kena letak huruf ب pada sesuatu fi’il?

Adakah semua fi’il boleh ditambahkan huruf ب?

 

Berkaitan penambahan huruf ب, sila ingat aturan ini:

“Huruf ب hanya boleh ditambah pada fi’il mudhari’ sahaja. Tidak boleh ditambah pada fi’il madhi atau amar.”

Jadi, terjawablah soalan kedua, iaitu adakah semua fi’il boleh tambah ب?

Jawapannya: Tidak. Huruf بِ hanya perlu ditambah sebelum fi’il mudhari’ sahaja.

.
Tinggal soalan pertama: Bila kena tambah huruf ب di awal fi’il mudhari’?

Huruf بِ ditambah di awal fi’il mudhari’ sekiranya perbuatan itu ialah:

a) Perbuatan yang sedang dilakukan semasa ayat itu diucapkan. Contoh:

“Saya sedang makan Shawerma.”
(semasa ayat ini diucapkan, saya sedang mengunyah dan melakukan proses makan Shawema).

أَنَا بَاكُلْ شَاوَرْمَا

b) Perbuatan yang dilakukan secara rutin / secara berkala mengikut kekerapan tertentu (Habitual Action). Contoh:

“Hari-hari, setiap pagi, saya minum air teh sebelum turun ke tempat kerja.”
كُلّ يُومْ الصُّبْحْ ، بَشْرَبْ كُوبَّايِةْ شَايْ قَبْلِ مَا أَنْزِلْ للِشُّغْلْ.

“Saya ziarah nenek saya setiap minggu.”
أَنَا بَزُورْ جِدَّتِي كُلّ إِسْبُوعْ.

“Saya ziarah nenek saya sekali dalam sebulan.”
أَنَا بَزُورْ جِدِّتِي مَرَّةْ فِي الشَّهْرْ.

.
Namun, ada juga keadaan yang kita dilarang menambahkan huruf ب di awal fi’il mudhari’.

Iaitu:

a) Selepas perkataan لَازِمْ (mesti). Contoh:

“Saya mesti tidur.”
أَنَا لَازِمْ أَنَامْ ✅
أَنَا لَازِمْ بَنَامْ ❌

b) Selepas perkataan عَايِزْ / عَايْزَةْ (saya mahu). Contoh:

“Saya mahu pergi sana.”
أَنَا عَايِزْ أَرُوحْ هِنَاكْ ✅
أَنَا عَايِزْ بَرُوحْ هِنَاكْ ❌

c) Selepas perkataan مُمْكِنْ (boleh tak). Contohnya:

“Boleh tak kamu tolong saya?”
مُمْكِنْ تِسَاعِدْنِي؟ ✅
مُمْكنْ بِتْسَاعِدْنِي؟ ❌

Dapat sesuatu? Kongsikan tulisan ini dengan rakan-rakan tuan / puan. 😊

👉🏻 https://dialekmesir.com/bila-perlu-tambah-huruf-بِ-di-awal-fiil-dalam-dialek-mesir/

Kongsikan Artikel Ini: